Jepun Beri Bantuan Kemanusiaan Tambahan RM307 Juta Kepada Palestin

jepun bantuan kemanusiaan

Jepun Beri Bantuan Kemanusiaan Tambahan RM307 Juta Kepada Palestin

Jepun dilapor akan menyediakan bantuan kemanusiaan tambahan sebanyak RM307 juta kepada rakyat Palestin kerana bimbang dengan konflik yang berlaku di Gaza, lapor The Japan Times.

Menteri Luar Yoko Kamikawa berkata beliau telah menyampaikan sokongan berterusan Jepun untuk penyelesaian kedua-dua negara tersebut.

Kamikawa, merupakan menteri Jepun pertama yang melawat Israel dan wilayah Palestin sejak serangan 7 Oktober bermula.

Hasil perbincangan tersebut, Menteri Luar Israel Eli Cohen turut bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha meredakan ketegangan dalam konflik yang semakin memuncak dengan secepat mungkin.

Ikrar bantuan sebanyak RM307 juta kepada Gaza dibuat ketika perbincangan antara Kamikawa dan Menteri Luar Palestin Riad Malki di Ramallah di Tebing Barat lewat hari itu.

Difahamkan, angka tersebut adalah tambahan kepada RM47 juta dalam bantuan yang diumumkan bulan lalu.

Lawatan yang dilakukan oleh beliau pada Jumaat lalu ke Israel telah dilakukan beberapa hari sebelum Jepun ditetapkan untuk menjadi tuan rumah kepada menteri luar Kumpulan Tujuh negara perindustrian di Tokyo ketika krisis di Gaza semakin meruncing.

Bagaimanapun, Kamikawa mengelak untuk mengulas sama ada serangan Israel ke atas Gaza berada dalam had undang-undang antarabangsa.

BACA: Zelenksy Akui Konflik Israel-Gaza Alihkan Tumpuan Dari Isu Di Ukraine

Katanya, pihak berkenaan mesti mematuhi semangat melindungi hak asasi manusia dan tidak menyebabkan kematian orang awam yang tidak perlu.

Perjalanan empat hari Kamikawa ke Timur Tengah bermula Khamis, ketika Israel memperluaskan serangan udara dan darat ke atas wilayah Palestin sebagai tindak balas terhadap kumpulan itu.

Jepun sangat bergantung kepada import minyak mentah dari Timur Tengah dan secara tradisinya mengekalkan hubungan persahabatan dengan negara Arab serta Israel, yang telah disokong kuat oleh sekutu keselamatan utama Tokyo, Amerika Syarikat.

Kamikawa, yang memegang jawatan itu pada pertengahan September berkata kestabilan di rantau itu adalah penting bagi Jepun.

Sumber: The Japan Times

BACA: Konflik Palestin-Israel: Wisma Putra Nasihat Rakyat Malaysia Tangguh Perjalanan

The post Jepun Beri Bantuan Kemanusiaan Tambahan RM307 Juta Kepada Palestin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*