Ahmad Samsuri Sahkan Nama Besar UMNO Sertai PAS, Bersatu & PN Diumum Awal Jun

umno ahmad samsuri

Ahmad Samsuri Sahkan Nama Besar UMNO Sertai PAS, Bersatu & PN Diumum Awal Jun

Beberapa pemimpin politik yang mempunyai nama besar dalam UMNO disahkan akan menyertai Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) serta PAS dalam masa terdekat ini, lapor Awani.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan.

Ujarnya, pada awal Jun ini, nama-nama pemimpin politik yang berkait tersebut akan diumumkan oleh PAS.

“Mereka bakal menyertai PAS… sertai Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pun ada… PN secara direct pun ada… insya-Allah.

“Ada daripada UMNO, dan ada daripada lain-lain parti pun ada… ramainya daripada UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis di Kuala Terengganu pada hari ini.

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan hasratnya untuk menyertai PAS.

Perkara itu juga telah disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Difahamkan, hasrat Annuar Musa itu dinyatakan selepas bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar memaklumkan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor di bawah tiket PN.

Mengikut keadaan

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata ia bergantung kepada keadaan selepas ditanya mengenai kemungkinan nama-nama berkait diletakkan sebagai calon dalam PRN nanti.

Jelasnya, PAS ketika ini masih belum memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding dalam PRN.

PRN: Calon PN di Kelantan, Terengganu guna logo PAS – Muhyiddin

Terdahulu, media melaporkan calon PN di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo PAS pada PRN kelak.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama parti komponen dalam PN yang bersetuju untuk mengguna pakai kaedah sama seperti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Hari ini (semalam), kita bincang soal politik, persiapan untuk PRN. Alhamdulillah, nampak Kelantan hampir sudah bersedia,” katanya.

Sumber: Awani

BACA: PRN: Dekati Pengundi Dengan Kaedah Digital – Ahmad Zahid

The post Ahmad Samsuri Sahkan Nama Besar UMNO Sertai PAS, Bersatu & PN Diumum Awal Jun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*