Hujan Berterusan Diramal Landa Pantai Timur, Selatan Tanah Air Hingga Isnin

Hujan Berterusan Diramal Landa Pantai Timur, Selatan Tanah Air Hingga Isnin

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Hujan lebat berterusan dijangka melanda negeri-negeri pantai timur serta selatan tanah air sehingga Isnin ini (30 Jan).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Di Pahang, kawasan diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk adalah Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan membabitkan
kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang di Jerantut dan Maran serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

— BERNAMA

BACA: “Unbowed, Unbent, Unbroken,” Tweet Khairy Selepas Dipecat Dari UMNO

Sumber: Bernama

The post Hujan Berterusan Diramal Landa Pantai Timur, Selatan Tanah Air Hingga Isnin appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*