Hujan Lebat: 18 Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang, Tiada Kemalangan Jiwa

18 kenderaan dihempap pokok tumbang

Hujan Lebat: 18 Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang, Tiada Kemalangan Jiwa

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Hujan lebat dan ribut di sekitar ibu kota malam ini menyebabkan 18 kenderaan rosak akibat dihempap pokok tumbang.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan malam ini memaklumkan telah menerima beberapa panggilan kecemasan dari MERS999 dan talian terus ke balai berkaitan kes pokok tumbang dan telah menghantar jentera ke lokasi kejadian.

“Lokasi yang terjejas antaranya di Jalan Kampung Attap, Jalan Sultan Ismail, Taman Bukit Angkasa, Pejabat Kesihatan Kepong, Jalan Ayer Jernih dan Flat Wangsa Maju.

“Selain itu (turut terjejas) di Bayu Mont Kiara, Bukit Kiara, Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan, Jalan Ampang berhampiran Muzium Istana, Jalan Istana dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul,” menurut kenyataan itu.

PGO turut memaklumkan kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sumber: BERNAMA

The post Hujan Lebat: 18 Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang, Tiada Kemalangan Jiwa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*