Mayat Dijumpai Di Taman, Dua Remaja Ditahan Bantu Siasatan

Mayat Dijumpai Di Taman

Mayat Dijumpai Di Taman, Dua Remaja Ditahan Bantu Siasatan

Dua orang remaja ditahan kerana disyaki membunuh seorang gadis yang ditemui mati ditikam di sebuah taman dalam kejadian di England pada Sabtu, lapor The Mirror.

Difahamkan, mayat gadis berkenaan, 16, ditemui di laluan taman oleh orang awam di Linear Park di Culcheth, Warrington lantas memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis sekitar 3.13 petang.

Malangnya, gadis tersebut telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Susulan itu, seorang remaja lelaki dan perempuan, masing-masing berusia 15 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden tersebut.

Malah, kedua-dua remaja tersebut kekal dalam tahanan polis bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, pihak polis tidak mempercayai bahawa kematian mangsa (gadis) bersangkut-paut dengan ‘kebencian’.

Hal ini kerana mangsa digambarkan sebagai ‘anak yang comel’.

Mayat Dijumpai Di Taman
Kredit: PA via The Mirror

‘Mangsa seorang kanak-kanak yang cantik’

Menurut seorang jurulatih gimnastik, “Dia (mangsa) pernah datang ke gim di sekolah dan melakukan gimnastik bersama kam, dia seorang kanak-kanak yang cantik,”

Sementara itu, Ketua Detektif Superintendan Mike Evans menyifatkan serangan tersebut sebagai “serangan yang disasarkan” oleh suspek pelakunya.

“Ini adalah serangan yang benar-benar mengerikan ke atas seorang gadis berusia 16 tahun yang malangnya kehilangan nyawa dengan sangat singkat,” dakwanya.

Tidak hanya itu, Evans turut mengatakan pihak polis akan menyiasat kes itu sedalam-dalamnya bagi mengelakkan penduduk tempat berasa bimbang.

Hal itu kerana laluan tersebut sangat popular digunakan oleh pejalan kaki dengan anjing, penunggang basikal mahupun kuda.

Mayat Dijumpai Di Taman
Kredit: Andrew Teebay via The Mirror

“Beberapa siasatan berhubung insiden ini sedang dijalankan dan kami sedang melakukan semua yang termampu untuk membuktikan keadaan sebenar.

“Pada masa ini, tiada bukti menunjukkan keadaan sekitar kematian mangsa adalah berkaitan kebencian.

“Rondaan telah dipertingkatkan di kawasan setempat dan pegawai akan kekal di kawasan Culcheth untuk memberi jaminan dan menangani sebarang kebimbangan penduduk sekitar,” jelasnya.

Dalam masa sama, dia menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan pihak polis bagi membantu mereka mengumpulkan bukti.

Malah, Evans juga mengatakan bahawa dia akan menyemak CCTV, kamera pemuka (dashcam) atau apa-apa sahaja yang boleh membantu siasatan.

Sumber: The Mirror

The post Mayat Dijumpai Di Taman, Dua Remaja Ditahan Bantu Siasatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*