Bekas Presiden PBRS Joseph Kurup Meninggal Dunia

joseph kurup meninggal dunia

Bekas Presiden PBRS Joseph Kurup Meninggal Dunia

KOTA KINABALU, 17 April (Bernama) — Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, malam ini.

Mendiang berusia 79 tahun.

Perkara itu disahkan pegawai kepada anaknya Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Presiden PBRS dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Bekas Ahli Parlimen Pensiangan itu pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Intergrasi Nasional) dan bersara daripada politik tahun lepas selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti itu pada 1994.

Arthur, yang juga Timbalan Presiden menggantikan ayahnya sebagai Presiden PBRS pada Januari tahun lepas.

Jenazah dijadual dibawa pulang ke Sabah esok.

Sementara itu Arthur dalam kenyataan ringkas malam ini meluahkan kesedihan atas kehilangan bapanya yang tersayang dan menyayangi pemimpin veteran itu sepenuh hatinya.

Thank you dad. You are the best. I love you with all my heart,” (Terima kasih ayah. Anda adalah terbaik. Saya sayang anda dengan sepenuh hati), katanya.

BACA: Macam Beli Di Kedai, Rupa-rupanya Ni “Trick” Senang Ikat Plastik Lauk

Sumber: Bernama

 

The post Bekas Presiden PBRS Joseph Kurup Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*