Hujan Lebat, Beberapa Kawasan Di Terengganu Dilanda Banjir

terengganu dilanda banjir

Hujan Lebat, Beberapa Kawasan Di Terengganu Dilanda Banjir

KUALA TERENGGANU — Beberapa kawasan di Terengganu mula dinaiki air banjir sejak awal pagi tadi berikutan hujan lebat.

Menurut laporan semasa Info Banjir Terengganu dalam satu hantaran memaklumkan kawasan yang terjejas dengan banjir tersebut.

Ia melibatkan kawasan Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, Ru rendang, Pasar Payang, Kampung Che Kundur, Gong Badak dan Merchang.

Selain itu beberapa jalan juga dinaiki air termasuk Jalan Kamaruddin, Jalan Pusara, Jalan Durian Burung, Jalan Sultan Omar dan belakang pasar Chabang tiga.

Difahamkan air di laluan Bypass menghala ke Kuala Ibai mencecah paras lutut menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat menggunakan laluan tersebut kecuali pacuan empat roda dan kenderaan yang tinggi.

BACA JUGA: Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu dalam satu hantaran memaklumkan pihaknya sedang menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal dan PPS Kampung Batin.

Gambar: APM Terengganu

Dalam pada itu, tinjauan di laman-laman media sosial, warganet turut berkongsikan situasi terkini berhubung banjir berkenaan.

Menerusi perkongsian @juenaini memaparkan Jalan Sultan Omar mula ditenggelami banjir namun masih boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

@juenaina2

#standwithpalestin🌹 #freepalestine #fypage #fypシ゚viral #pialamalaysia2023 #savepalestine❤🇵🇸 #banjir2023 #banjirpantaitimur

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Selain itu,  pemilik akaun TikTok @wandzly juga mendedahkan kawasan dipercayai kediaman rumahnya di Jalan Kamaruddin juga telah mula dinaiki air banjir.

@wandzly

BANJIR DI JALAN KAMARUDDIN #banjir #jalankamaruddin #kualaterengganu #hujan

♬ original sound – WAN D’ – WAN D’

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di negeri Terengganu.

“Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” maklum. METMalaysia.

Manakala hujan sangat lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, selain daerah Hulu Terengganu (Terengganu) dan daerah Jerantut dan Kuantan di Pahang.

METMalaysia juga memaklumkan hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Perlis, Kedah, Perak, Pahang dan Sabah.

Cuaca buruk ini dijangka berterusan hingga hari ini (20 November 2023).

Sumber: METMalaysia, TikTok, APM Terengganu, Info Banjir Terengganu

The post Hujan Lebat, Beberapa Kawasan Di Terengganu Dilanda Banjir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*