“Mesti Tak Senang Duduk,” Ini Sebab Anda Kena Tengok The Escape of The Seven

the escape of the seven

“Mesti Tak Senang Duduk,” Ini Sebab Anda Kena Tonton The Escape of The Seven

Barisan pelakon The Escape of The Seven, Uhm Ki Joon dan Hwang Jung Eum memberi ‘jaminan’ bahawa penonton tidak akan senang duduk ketika menyaksikan drama tersebut.

Menerusi temubual eksklusif bersama SK baru-baru ini, Hwang Jung Eum berkata setiap babak membuatkan penonton akan terpaku dan tidak bergerak dari tempat duduk.

“Mata anda pasti tidak berkelip melihat setiap babak dan akan terus terpaku. Nak pergi ke tandas pun akan berfikir dua tiga kali.

“Anda perlu tengok setiap babak, ia sangat mengujakan,” kata Hwang Jung Eum.

Gambar: Viu Malaysia

Kedua-dua pelakon popular Korea Selatan itu tampil menerusi temubual santai bersama Viu dalam rangka promosi drama terbaru itu.

Drama tersebut sudah mula disiarkan sejak 15 September lalu dan meraih rating yang tinggi meskipun mendapat pelbagai reaksi dari penonton.

Gambar: Viu Malaysia

Teruja dapat bekerjasama dengan Kim Soon Ok

Sementara itu, menerusi temubual tersebut mereka juga menyatakan keterujaan kerana dapat menjayakan drama yang ditulis oleh Kim Soon Ok ini.

Bagi yang masih belum tahu, Kim Soon Ok juga merupakan penulis bagi drama Makjang popular sebelum ini iaitu The Penthouse.

Menurut Uhm Ki Joon, karya Kim Soon Ok sememangnya sangat hebat dan ia menjadi salah satu sebab untuknya menerima tawaran bagi terlibat dalam drama ini.

Gambar: Viu Malaysia

“Dalam satu genre yang ditulisnya, terdapat banyak perkara berbeza di dalamnya yang sangat menarik.

“Saya sentiasa gembira dapat bekerjasama dengannya,” katanya.

Begitu juga dengan Hwang Jung Eum, dia yang sebelum ini popular dengan drama romantik komedi berkata naskhah ini sangat menarik tetapi dalam masa yang sama sangat mencabar.

Selain Hwang Jung Eum dan Uhm Ki Joon, drama itu juga turut dibintangi Lee Joon, Lee Yu Bi, Shin Eun Kyung, Yoon Jong Hoon, Jo Yoon Hee dan Jo Jae Yoon.

Jangan lupa untuk saksikan episod terbaru The Escape of The Seven setiap Jumaat dan Sabtu hanya di Viu.

The post “Mesti Tak Senang Duduk,” Ini Sebab Anda Kena Tengok The Escape of The Seven appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*