“Kini Sudah 30 Peratus..” Shuib, Watie Nikah Jun Ini

shuib watie jun

“Kini Sudah 30 Peratus..” Shuib, Watie Nikah Jun Ini

Pelawak dan penyampai radio Shuib mendedahkan bakal menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan, Watie Hanifiah pada Jun ini, lapor Gempak seperti yang dilapor Awani.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, persiapan perkahwinan menjelang hari bahagia mereka telah menjangkaui sebanyak 30 peratus.

Ujar pelawak berusia 38 tahun itu, dia tidak mengimpikan majlis perkahwinan yang mewah namun mahu ia menjadi bermakna susulan ini merupakan perkahwinan pertama buat Watie.

“Kini sudah 30 peratus. Insya-Allah, bulan Jun. Nanti saya akan umumkan tarikh. Persiapan dari segi dewan sudah dilakukan. Saya akan jalankan majlis pernikahan dan persandingan. Persiapan busana belum lagi.

“Saya tak mahu bernikah dengan terlalu ‘grand’, tak mahu juga terlalu kecil-kecilan kerana memikirkan ahli keluarga. Ini adalah perkahwinan pertama dia, jadi sudah tentu keluarga belah sana mahu meraikan kami.

“Saya harap dapat buat majlis sederhana dan bermakna, jadi semua akan gembira,” katanya kepada Gempak, seperti yang dilapor Awani.

BACA: “Tak Apalah, Kini Hati Pun Telah Tawar”, Jep Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Shuib & Sepahtu

Berdebar masuki fasa suami

Apabila ditanya mengenai perasaannya, Shuib berkata dirinya berasa berdebar untuk memasuki semula fasa bergelar suami selepas kehilangan isterinya Allahyarham Siti Sarah dua tahun lalu.

Shuib turut mengatakan dirinya memerlukan sistem sokongan yang kuat untuk keluarga dan juga anak-anaknya.

“Sudah tentu berdebar, bila saya tengok anak-anak memang saya perlu seseorang untuk berada di samping saya. Kita tahu kebolehan kita, kemampuan kita, bila mana ada orang sudi untuk sama-sama, itu satu pemberian oleh Allah.

“Kita nak yang baik-baik ke depan, harapnya dipermudahkan. Saya tak reti sebenarnya sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, dia suka mempunyai keluarga yang besar kerana ia membuatkannya gembira.

“Sejak dulu saya suka meriah, gembira, ramai-ramai, saya suka jemput orang datang rumah, jadi apabila saya sendiri, saya rasa itu bukan saya.

“Saya seorang yang bekeluarga, saya suka keluarga, lagi besar keluarga itu, lagi saya gembira. Bila ada peluang macam ini, bila Allah sudah hadirkan orang yang sudi duduk dengan saya, jaga anak-anak saya, jaga saya juga, saya kena hargai, Insya-Allah,” jelasnya.

Sumber: Awani

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

The post “Kini Sudah 30 Peratus..” Shuib, Watie Nikah Jun Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*