Hukum Bergurau Senda Bersama Keluarga Dan Orang Ramai

Hukum Bergurau Senda Bersama Keluarga Dan Orang Ramai

Setiap kali anda bertemu rakan-rakan anda ataupun ahli keluarga anda, mesti ada masanya anda akan bergurau senda bersama mereka kan? Lebih-lebih lagi adik-beradik yang sudah lama tidak bertemu. Mesti akan ada sesi sakat-menyakat antara mereka. Kadang-kadang, sampai ibu bapa pun disakatnya.

Meriah suasana di rumah apabila kita bergurau senda bersama keluarga. Begitu jugalah apabila kita bertemu dengan kawan-kawan. Memang akan ada waktu di mana sesi bergurau senda berlaku. Itulah yang merapatkan lagi persahabatan dan pertalian keluarga anda bersama mereka.

Tetapi, apakah hukum bergurau senda? Kalau nak diikutkan, bergurau senda sudah menjadi satu kebiasaan bagi orang ramai. Risau pula ia tidak digalakkan. Jadi, ikuti perkongsian daripada Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri bagi penjelasan lanjut.

#4629: Hukum Bersenda Gurau dengan Orang Ramai dan Kaum Keluarga

Soalan:

Assalamualaikum w.b.t Dato’ Seri. Boleh atau tidak kita bersenda gurau dengan orang ramai dan kaum keluarga? Adakah di sana terdapat nas yang membenarkannya?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Ya, dalam kehidupan ini, manusia memerlukan kasih sayang dan ketenangan jiwa sama ada dengan bercakap atau bergurau kecuali perbuatan tersebut janganlah melampau dan banyak sekali. Ini kerana, kita mempunyai tugas yang besar sebagai khalifah di muka bumi untuk mengabdi kepada-Nya dan melaksana segala amanah yang ditaklif kepada kita.

Menjawab persoalan, kami katakan hukumnya harus dan dibolehkan. Hal ini berdasarkan kenyataan Imam al-Bukhari Rahimahullah dalam Sahihnya.

Ibn Mas‘ud berkata:

خَالِطِ النَّاسَ وَدِينَكَ لاَ تَكْلِمَنَّهُ وَالدُّعَابَةِ مَعَ الأَهْلِ

Maksudnya: “Bercampurlah dengan manusia selama mana ia tidak merosakkan agama, serta bersenda guraulah dengan ahli keluarga.”

Anas bin Malik R.A berkata: 

إِنْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُخَالِطُنَا، حَتَّى يَقُولَ لِأَخٍ لِي صَغِيرٍ: يَا أَبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW bergaul dengan kami sehingga Baginda pernah berkata kepada saudaraku yang masih kecil: “Wahai Abu ‘Umair, apakah yang berlaku kepada burung pipit kamu?”

Riwayat al-Bukhari (6129)

Daripada Aisyah R.Anha, katanya: 

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانَ لِي صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِي، فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ، فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَيَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِي

Maksudnya: “Aku pernah bermain anak patung di sisi Nabi SAW, dan aku mempunyai teman-teman yang bermain bersamaku. Maka apabila Baginda SAW masuk, mereka menyorokkan diri mereka daripada Baginda, lalu Baginda memanggil dan menyuruh mereka bermain bersamaku.”

Riwayat al-Bukhari (6130) 

Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ ، وَالأَهْوَاءِ ، وَالأَسْوَاءِ  وَالأَدْوَاءِ

Maksudnya:  “Ya Allah, jauhkanlah kami daripada akhlak yang mungkar, hawa nafsu, juga dari segala keburukan serta dari penyakit-penyakit yang membawa kepada kebinasaan.”

Harap perkongsian ini dapat menghilangkan keraguan anda terhadap hukum bergurau senda bersama keluarga atau rakan. Tetapi, pastikan gurauan anda itu tidak mengguris hati mereka semua.

Sumber: Maktabah Al-Bakri

BACA JUGA: Hukum Makan Ketam Kelapa, Ini Jawaban Dr. Zulkifli

The post Hukum Bergurau Senda Bersama Keluarga Dan Orang Ramai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*