“Ia Lebih Selamat..,” Azmi Saat Kongsi Panduan Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan 

bantu orang cacat penglihatan

“Ia Lebih Selamat..,” Azmi Saat Kongsi Panduan Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan 

Setiap orang dilahirkan dengan memiliki cukup lengkap pancaindera seperti tangan, telinga, mulut, hidung dan mata. Kesemua anggota badan ini mempunyai peranan masing-masing yang sangat penting dalam kehidupan harian.

Walau bagaimanapun, tidak semua dikurniakan dengan kesempurnaan ini seperti tidak dapat melihat atau buta penglihatan.

Pun begitu, semua orang berhak mendapat hak sama rata meskipun terdapat kekurangan pada diri. Dalam masa yang sama, kita juga boleh membantu dengan meringankan beban mereka, tapi bagaimana?

Pemain muzik dan penyanyi Caliph Buskers, Azmi Saat berkongsi mengenai panduan membantu orang cacat penglihatan. Ikuti perkongsiannya di bawah, semoga bermanfaat.

Azmi Saat Kongsi Pengalaman Hidup Sebagai Orang Buta

Gambar: Facebook Azmi Saat

Satu hari, saya ke kedai gunting rambut. Kebetulan waktu tu baru balik dari buat persembahan. Jadi, saya pergi dengan pengurus.

Oleh kerana rambut saya berminyak, Abang Barber bawa saya untuk cuci rambut dahulu. Waktu dia nak baringkan saya di tempat cuci rambut, dia berdiri berhadapan dengan saya, pegang kedua-dua lengan saya dan minta saya bergerak kebelakang perlahan-lahan untuk duduk ditempat cuci rambut. Pegangannya kuat sebab dia takut saya terjatuh.

BACA JUGA: “Nama Dah La Panjang”, Shuib Akui Berdebar Nak Sebut Nama Penuh Watie

Saya sudah biasa berada dalam keadaan begini. Lalu saya berhati-hati. Akhirnya, saya dapat baring dengan selamat.

Begitu juga selepas siap cuci rambut. Dia bawa saya macam biasa. Waktu hampir sampai di kerusi untuk gunting, dia sekali lagi berhadapan dengan saya, pegang kedua-dua lengan saya kuat-kuat dan minta saya gerak ke belakang sampai dapat duduk di atas kerusi. Sekali lagi, disebabkan saya sudah biasa, saya berhati-hati dan dapat duduk dengan selamat.

Sambil sesi mengunting, kami berbual. Saya teruja dengan soalan Abang Barber, “Bang, saya ni pertama kali berurusan dengan orang tak nampak. OK ke cara saya bawa abang tadi?” Wah, jarang ada orang nak tanya soalan begini. 

Lalu saya terangkan pada dia perlahan-lahan. “Sebenarnya, cara yang terbaik, cukup dengan hanya Abang letakkan tangan saya di tempat duduk kerusi. Saya akan raba kerusi itu dan duduk sendiri. Cara abang tadi agak berbahaya pada orang yang tak biasa. Abang perasan tak tempat letak kaki pada kerusi ni? tadi Abang hanya suruh saya duduk sedangkan abang terlupa nak suruh saya pijak di tempat letak kaki ni. Nasib baik saya memang dah biasa dengan kerusi gunting rambut. Dapatlah saya agak. Kalau tidak, boleh terjatuh tadi.” Sejak dari hari tu, Abang Barber dah pandai berurusan dengan orang seperti saya.

BACA JUGA: Shuib Akhirnya Bertemu Dengan Adik Miza, Luah Rasa Rindu Pada Arwah Siti Sarah

Begitulah kawan-kawan, tak perlu susah-susah untuk menguruskan orang buta ni. Bagi kami pegang insya-Allah kami dapat buat sendiri. Contoh lain adalah buka pintu kereta. Cukup letakkan tangan kami pada pembuka pintu. Kami boleh buka dan masuk sendiri. Ia lebih selamat bagi kami sebab kami dapat meraba ketinggian kerata dan kedudukan tempat duduk untuk masuk dengan selamat. 

Contoh lain juga adalah waktu turun dan naik tangga. Cukup hanya letakkan tangan kami di palang tepi tangga dan Insya-Allah kami dapat turun dan naik dengan selamat. Tindakan sesetengah orang pegang dan tarik tangan kami kuat-kuat membuatkan kami sukar mengagak lebar, tinggi dan bilangan anak tangga. 

Sekadar perkongsian. Hal ini mungkin tak penting bagi kalian. Namun, ia mungkin berguna satu hari nanti bila ayah dan ibu kalian diuji tak dapat melihat saat hari tua mereka. Mungkin juga berguna bila ada ahli keluarga kalian yang terlibat dengan kemalangan dan tak dapat melihat. Jadi, harap-harap perkongsian ini bermanfaat. Selain hal ini memudahkan kalian, ia juga lebih selamat untuk kami. Tak gitu?

Sumber: Facebook Azmi Saat

The post “Ia Lebih Selamat..,” Azmi Saat Kongsi Panduan Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*