Wanita Dakwa Diperkosa Lepas Gagal Goda Pegawai, Tapi Apa Kaitan Dengan MK K-Clique?

wanita diperkosa

Wanita Dakwa Diperkosa Lepas Gagal Goda Pegawai, Tapi Apa Kaitan Dengan MK K-Clique?

Saban hari, kita mendengar pelbagai cerita yang kadang kala tidak terbayang di benak fikiran. Ditambah lagi dengan kewujudan media sosial yang semestinya menjadi medan penyebaran pelbagai isu.

Dari cerita palsu, tuduhan tidak berasas hingga keterdesakan kerana cinta dan macam-macam lagi.

Seperti kisah seorang wanita yang bernama Iris ini. Mungkin masih ada yang belum tahu, Iris telah menuduh seorang pegawai memperkosa dirinya kerana godaannya telah gagal.

Perbuatan tersebut telah menimbulkan kekecohan dan menyebabkan banyak nama yang terpalit.

Tapi sebenarnya kisah ini ada kaitan dengan selebriti terkenal tanah air iaitu MK K-Clique.

Apa kaitan dengan MK K-Clique?

Mesti ramai yang tertanya-tanya bukan? Sebenarnya kisah ini adalah jalan cerita untuk siri terbaru yang ditayangkan di platform penstriman Viu iaitu ‘I Love You, Stupid’.

Kaitannya dengan MK pula kerana MK merupakan salah seorang pelakon utama
yang berperanan sebagai Inspektor Ebrahim, watak yang dituduh telah memperkosa Iris.

Ezzanie Jasny pula membawakan watak Iris, seorang wanita yang keras kepala, tidak suka jika hidupnya diatur dan dikongkong serta mempunyai peraturan sendiri dan tidak ingin mendengar nasihat orang lain pula dilakonkan oleh Ezzanie Jasny.

Drama siri I Love, You Stupid ini mengisahkan tentang pertemuan pertama yang buruk antara Iris dan Inspektor Ebrahim apabila godaan Iris terhadap Inspektor Ebrahim untuk elak dari disaman tidak dilayan.

Mereka kemudian bertemu kembali di akademi dimana Inspektor Ebrahim bertugas sebagai pelatih. Gaya tegas dan berlagak Inspektor Ebrahim membuatkan Iris menyampah dan bertekad untuk membalas dendam sehingga menuduh Inspektor Ebrahim memperkosanya di hadapan semua orang. Kerana ego, Iris tidak meminta maaf sehingga tamat latihan.

Cuba untuk membuka lembaran baru, Iris menyertai misi kemanusiaan bersama teman lelakinya, Dr Aidan dan seorang lelaki bernama Firman telah diupah untuk menjaga Iris sepanjang Iris di sana.

Drama adaptasi novel popular ini juga dibintangi pelakon-pelakon terkenal lain seperti Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, Fareez Fauzi dan ramai lagi.

Kalau korang nak tahu kisah apa lagi yang jadi antara Iris, Inspektor Ebrahim dan lelaki bernama Firman, jom layan ‘I Love You, Stupid’ pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, hanya di Viu.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus layari platform penstriman Viu ataupun Facebook Viu Malaysia.

The post Wanita Dakwa Diperkosa Lepas Gagal Goda Pegawai, Tapi Apa Kaitan Dengan MK K-Clique? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*