Ibu & Anak Rangkul PhD Serentak, Masing-masing GPA 3.93

ibu anak phd serentak

Ibu & Anak Rangkul PhD Serentak, Masing-masing GPA 3.93

Seorang ibu dan anaknya berkongsi detik gembira apabila masing-masing menamatkan pengajian dan berjaya merangkul ijazah kedoktoran (PhD) serentak di Universiti Sebelas Maret.

Tidak hanya itu, malah Dr. Novi Primadewi dan anaknya Dr. Muhammad Bagus Adi Wicaksono masing-masing turut mendapat Purata Nilai Gred (GPA) yang sama iaitu 3.93.

Kedua-dua beranak itu merangkul PhD masing-masing dalam Majlis Graduasi Sesi 1 2023 yang berlangsung di Auditorium G.P.H Harry Mataram, Kota Surakarta di Jawa Tengah.

Jelas Dr. Novi, beliau yang merupakan alumni Fakulti Perubatan tidak menyangka akan menamatkan pengajian serentak dengan anak sulungnya yang merupakan graduan kedoktoran Fakulti Undang-undang.

Ibu Dan Anak Peroleh Ijazah bersama
Kredit: Kompas

Ibu bangga anak pertama rangkul PhD

Menurut Dr. Novi, biarpun berbeza tempoh pengajian, Muhammad Bagus merupakan anaknya yang pertama yang menyambung pengajian di peringkat kedoktoran.

“Saya tidak sangka anak saya akan menamatkan pengajian dalam bidang kedoktoran dalam tempoh dua tahun enam bulan,” katanya, memetik laporan Kompas.

Walaupun berlatarbelakangkan bidang kedoktoran, namun suaminya Dr. Senyum Indrakila tidak pernah memaksa kedua-dua anak lelaki mereka untuk memiliki profesion sama seperti mereka.

“Ya, kami biarkan anak-anak kami memilih profesion mereka, mengikut apa yang dicita-citakan yang penting mereka boleh bertangggungjawab dengan pilihan mereka,” tambahnya.

“Untuk generasi muda, jangan jemu belajar kerana pembelajaran adalah sepanjang hayat” – Dr. Novi

Ibu gembira anak rangkul Anugerah Graduan Phd Termuda

Malah, kegembiraan Dr. Novi tidak terhenti di di situ.

Anak sulungnya itu yang merupakan pensyarah Program Pengajian D4 Demografi dan Pendaftaran Awam di SMK (SV) UNS juga turut dinobatkan sebagai Graduan Kedoktoran Termuda pada usia 26 tahun.

“Alhamdulillah, kami mempunyai anak lelaki yang mempunyai semangat belajar yang tinggi. Selepas tamat pengajian peringkat sarjana muda, kami terus ke peringkat sarjana dan seterusnya kedoktoran.

“Ini cara Allah SWT menggembirakan kami. Untuk generasi muda, jangan jemu belajar kerana pembelajaran adalah sepanjang hayat,” jelasnya.

Sementara itu, dalam masa yang sama, Dr. Muhammad Bagus turut mengakui bahawa dia sangat gembira kerana dapat menjalani majlis graduasi bersama ibunya.

“Ibu saya mempunyai semangat belajar yang tinggi untuk belajar, sebagai seorang anak, saya bertuah mempunyai ibu sepertinya kerana menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anaknya,” katanya.

Tidak dilupakan juga, Dr. Muhammad Bagus mengucapkan terima kasih kepada ayahanda tercinta kerana telah memberikan doa dan sokongan sehingga beliau menamatkan pengajian kedoktoran di UNS.

Sumber: Kompas.com

The post Ibu & Anak Rangkul PhD Serentak, Masing-masing GPA 3.93 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*