Ibu Chef Wan, Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

Ibu Chef Wan, Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

Ibu kepada chef selebriti terkemuka di Malaysia, Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah meninggal dunia sekitar 6.20 pagi di Gleneagle Hospital hari ini.

Berdasarkan hantaran Instagram milik Chef Wan, jenazah arwah yang lebih mesra dikenali sebagai Cik Ani  akan disembahyangkan di Masjid Putra Putrajaya sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10, Cyberjaya.

Chef Wan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan dan doa yang dikirimkan buat ibunya selama ini.

“Saya sangat berterima kasih atas segala kata sokongan dan doa kepada ibu saya,” katanya sambil mendoakan semoga roh arwah ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Sebelum ini, Cik Ani dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada minggu lepas dipercayai berpunca dari kegagalan buah pinggang dan penyakit kanser.

Pada masa yang sama, ibu Chef turut menghidapi demensia yang menyebabkan dirinya tidak dapat mengingati dengan baik.

Chef Wan turut memaklumkan bahawa mereka mengambil keputusan untuk mengebumikan jenazah ibunya di Cyberjaya, bukan di kampung halaman di Kampung Boyan adalah kerana untuk mempermudahkan persemadian.

Sumber: Chef Wan via Instagram

The post Ibu Chef Wan, Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*