Ibu mengandung ditipu aplikasi cuci rumah

PETALING JAYA – Seorang ibu mengandung tampil di Facebook hari ini, mendedahkan dirinya telah ditipu satu aplikasi mencuci rumah sehingga wang dalam akaun banknya hilang.

Jelas wanita yang menggelarkan dirinya Tasya itu, dia menjumpai aplikasi mencuci rumah terbabit di Facebook setelah mencari servis berkenaan kerana kepenatan untuk melakukannya sendiri.

“Saya jumpa aplikasi ini di Facebook kerana yakin melihat tawaran yang diberi disamping aplikasi ini juga ada iklan berbayar.

“Saya klik dekat link yang diberikan dan kemudian terus ke aplikasi WhatApps, ketika ditanya kawasan saya memang termasuk dalam servis mereka.

“Selepas itu, mereka bagi satu lagi link untuk saya muat naik aplikasi baharu, saya cuba periksa di Google Playstore sudah perasan aplikasi baharu ini tiada,” jelasnya.

Tambah wanita terbabit lagi, selepas beberapa kali mencuba dia berjaya memuat naik aplikasi tersebut dan membukanya untuk memilih servis yang ditawarkan.

“Banyak servis yang ditawarkan dalam aplikasi itu, selepas saya pilih dan isi butiran saya, satu bayaran deposit sebanyak RM15 perlu dijelaskan terlebih dahulu.

“Saya pindah wang seperti biasa, sedar tidak sedar semua wang simpanan saya hilang hanya tinggal RM1 sahaja di dalam akaun,” jelasnya.

Katanya lagi, sebanyak RM800 wang simpanannya lesap setelah memuat naik aplikasi tersebut dan laporan polis juga telah dibuat.

“Saya berharap agar semua berhati-hati dan jangan sesekali memuat naik aplikasi tersebut kerana ternyata sudah ramai orang yang tertipu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

The post Ibu mengandung ditipu aplikasi cuci rumah appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*