Jackie Chan Umum Bakal Kunjungi Malaysia, “Shooting” Filem Terbaru Tahun Depan

Jackie Chan malaysia

Jackie Chan Umum Bakal Kunjungi Malaysia, “Shooting” Filem Terbaru Tahun Depan

Jackie Chan dilaporkan menyatakan minatnya untuk menjalani penggambaran sebuah filem terbaharunya di Malaysia pada tahun hadapan, lapor Sinar Harian.

Bintang filem ternama Hong Kong itu turut menyatakan bahawa beliau secara peribadi sangat merindui Malaysia dan teruja untuk kembali lagi ke sini.

“Saya yakin penonton di Malaysia akan mengalu-alukan saya menjalani penggambaran di sana (Malaysia). Sebetulnya, sudah ada jalan cerita (filem) yang akan menjalani penggambaran di sana.

“Penerbit juga sudah mengenal pasti beberapa lokasi di Malaysia. Jika semua perkara berjalan lancar berdasarkan rancangan, kami akan melakukan penggambaran filem di sana,” kata Jackie kepada pemberita.

Pelakon yang turut mendapat kemasyhuran di Hollywood itu berkata demikian semasa wawancara ekslusifnya di Beijing, China. Wawancara itu dibuat bersempena dengan filem lakonan baharunya, Ride On yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Pelakon berusia 68 tahun itu turut berseloroh dan memberitahu tidak akan ‘meletupkan’ tempat atau melakukan aksi ‘terbang’ dari bangunan kali ini dalam lakonan terbaharunya kelak.

Bukan filem bergenre aksi

Walaupun perkongsian yang dibuat mengenai filem yang tidak memiliki tajuk itu sangat singkat, Jackie bagaimanapun sempat mendedahkan bahawa filem terbaharunya itu bukan filem bergenre aksi.

Untuk pengetahuan, kali terakhir Jackie menjejakkan kaki ke Malaysia adalah sewaktu penggambaran filem aksi Supercop pada tahun 1991. Filem itu turut menampilkan pelakon kelahiran Malaysia yang juga pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh.

Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka telah ditutup ketika penggambaran filem berkenaan dilakukan pada 1991 yang lalu.

BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga

Terdahulu, Tan Sri Michelle Yeoh berjaya melakar sejarah sebagai wanita Asia pertama yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi anugerah berprestij, Oscar.

Memenangi anugerah itu menerusi filem Everything Everywhere All at Once, Yeoh berjaya menewaskan pelakon Hollywood yang lain.

Ia termasuk Cate Blanchett (Tar), Michelle Williams (The Fabelmans), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Ana de Armas (Blonde).

“Untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menonton saya pada malam ini, anugerah ini membuktikan bahawa impian besar boleh menjadi kenyataan.

“Dan kepada para wanita, jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa anda tidak boleh pergi jauh. Jangan sekali-kali berputus asa,” katanya ketika menerima anugerah itu.

Sumber: Sinar Harian

The post Jackie Chan Umum Bakal Kunjungi Malaysia, “Shooting” Filem Terbaru Tahun Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*