India Akan Pastikan Laluan Laut Selamat Selepas Serangan Di Kawasan Laut Merah

India akan pastikan laluan laut

India Akan Pastikan Laluan Laut Selamat Selepas Serangan Di Kawasan Laut Merah

NEW DELHI, 26 Dis (Bernama) — Menteri Pertahanan India Rajnath Singh pada Selasa berkata negara itu akan berusaha untuk menjadikan laluan laut selamat dan terjamin untuk kapal dagang di wilayah itu selepas serangan oleh angkatan bersenjata Yaman ke atas beberapa kapal di kawasan Laut Merah.

Kerajaan India memandang serius serangan ke atas kapal MV Chem Pluto dan MV Sai Baba baru-baru ini, kata menteri itu dalam ucapan di Mumbai pada pentauliahan kapal pemusnah peluru berpandu tentera laut, Imphal.

“Kuasa ekonomi dan strategik India yang semakin meningkat telah mewujudkan perasaan cemburu dan kebencian beberapa negara,” kata menteri India itu.

Beliau berkata India memain peranan sebagai “penyedia keselamatan utama di seluruh Lautan Hindi” dan akan memastikan perdagangan maritim mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Untuk ini, bersama-sama negara sahabat, kami akan memastikan laluan laut yang selamat,” kata Singh.

Tentera laut telah meningkatkan pengawasan maritimnya berikutan peningkatan ancaman terhadap perkapalan komersial di Laut Merah dan wilayah yang lebih luas.

Ketua tentera laut India Laksamana R. Hari Kumar berkata India telah menugaskan empat kapal pemusnah peluru berpandu untuk menangani serangan ke atas kapal dagang.

Tentera laut juga menggunakan pesawat peronda dan peninjau P-8I, pesawat Dornier dan helikopter untuk menangani ancaman.

Tentera Yaman yang disokong Iran, telah memberi amaran bahawa mereka akan menyerang semua kapal milik atau berkepentingan Israel yang berlayar di Laut Merah.

Kapal tangki Chem Pluto yang berbendera Liberia telah dilanggar oleh sebuah kenderaan udara tanpa pemandu di Laut Arab di luar pantai barat India pada Sabtu.

The Liberia-flagged Chem Pluto tanker was struck by an unmanned aerial vehicle in the Arabian Sea off India’s west coast on Saturday.

Kapal itu yang mengalami kerosakan kecil dalam serangan itu, tiba di pelabuhan Mumbai pada Isnin.

Kapal tangki minyak mentah komersial berbendera Gabon, Sai Baba dilaporkan dalam perjalanan ke India bersama 25 anak kapal India, selamat dalam serangan dron di selatan Laut Merah pada Sabtu.

“Angkatan bersenjata Yaman mengesahkan bahawa kami akan terus menghalang semua kapal yang menuju ke pelabuhan Israel daripada melalui Laut Merah dan Laut Arab, tanpa mengira asal negara mereka, melainkan lebih banyak makanan dan ubat-ubatan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza,” menurut jurucakap tentera Yaman. Brig. Jen. Yahya Saree pada 18 Dis.

“The Yemeni armed forces confirm that we will continue to prevent all ships heading to Israeli ports from navigating in the Red Sea and Arab Sea, irrespective of their national origin, unless more food and medicine are allowed into the Gaza Strip,” Yemeni military spokesman Brig. Gen. Yahya Saree said on Dec 18.

Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan pakatan tentera laut yang dipanggil “Operation Prosperity Guardian” pada 19 Dis untuk menghalang ancaman tentera Yaman.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: BERNAMA

The post India Akan Pastikan Laluan Laut Selamat Selepas Serangan Di Kawasan Laut Merah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*