Kanak-Kanak 1 Tahun Hampir Maut, Muntah Darah Makan Coklat Tamat Tempoh

kanak-Kanak Muntah Darah

Kanak-Kanak 1 Tahun Hampir Maut, Muntah Darah Makan Coklat Tamat Tempoh

Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun di Ludhiana, India hampir maut kerana mengalami muntah darah selepas memakan sebungkus coklat yang telah tamat tempoh.

Menurut Free Press Journal, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa bernama Rabia bersama keluarganya berkunjung ke Patiala untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan.

Di majlis tersebut, mangsa dikatakan telah diberi satu kotak hadiah yang mengandungi coklat daripada seorang ahli keluarga terdekat yang dibeli dari sebuat kedai runcit berdekatan.

Apabila pulang kembali ke Ludhiana, kanak-kanak tersebut dilapor menikmati coklat berkenaan yang dibawa bersamanya.

Bagaimanapun, Rabia mula mengalami muntah darah tidak lama kemudian sebelum dikejarkan ke Kolej Perubatan Kristian untuk mendapatkan rawatan.

Menurut kakitangan hospital berkenaan, keadaan yang dialami Rabia kerana kanak-kanak tersebut makan makanan yang tercemar atau tamat tempoh sehingga mengalami keracunan makanan.

Selepas diberitahu tentang situasi yang dialami Rabia, ibu bapa mangsa kemudian hadir ke sebuah balai polis berdekatan untuk membuat laporan.

Kedai jual coklat tamat tempoh diserbu Jabatan Kesihatan

Susulan itu, sepasukan pegawai kesihatan dilapor telah menyerbu dan mengambil sampel coklat daripada kedai runcit yang menjual produk berkenaan.

Pemeriksaan lanjut jabatan kesihatan juga turut menemui pelbagai produk lain yang sudah tamat tempoh tetapi masih dijual kedai berkenaan.

Antara produk yang dikesan sudah tamat tempoh adalah produk minuman dan makanan. Pihak berkuasa kemudian bertindak merampas semua produk-produk tersebut.

Video pegawai Jabatan Kesihatan melakukan serbuan di kedai runcit itu juga menjadi tular di media sosial.

Sementara itu, difahamkan bahawa terdapat juga beberapa kejadian serupa di Patiala melibatkan kanak-kanak.

Dalam kejadian lain, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas memakan kek pada hari lahirnya.

Manakala ahli keluarga mangsa turut jatuh sakit, namun terselamat. Difahamkan, keluarga itu menempah kek tersebut secara atas talian daripada sebuah kedai.

Namun, kedai berkenaan didapati beroperasi di bawa nama palsu dan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

BACA: Simbah OKU Dengan Air Panas, Wanita Dipenjara 10 Tahun & Denda RM 6,000

Sumber: Free Press Journal

The post Kanak-Kanak 1 Tahun Hampir Maut, Muntah Darah Makan Coklat Tamat Tempoh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*