India Minta Bantuan Thailand, Selamatkan 40 Mangsa Terperankap Terowong Dibina Runtuh

Terowong Uttarakhand

Masuk Hari Ke-6, Situasi Getir 40 Mangsa Terperankap Terowong Dibina Runtuh

Operasi menyelamat 40 mangsa yang terperangkap di dalam sebuah terowong yang sedang dibina di Uttarkashi, India sedang diteruskan, lapor Indian Express.

Usaha menyelamat itu dikatakan hampir sampai ke lokasi 40 pekerja yang terperangkap menggunakan mesin baharu berkapasiti tinggi dari New Delhi.

Pasukan penyelamat dilaporkan perlu menggerudi sedalam 60 meter bagi memasukkan paip untuk tujuan membawa keluar mangsa terperangkap.

Difahamkan, beberapa pekerja yang terperangkap dilaporkan mengalami sakit kepala dan mual ringan.

Justeru, ubat-ubatan penting seperti multivitamin, glukosa dan buah kering telah dihantar kepada mangsa yang terperangkap melalui gelung paip enam inci.

Pasukan penyelamat telah membawa mesin gerudi kering buatan Amerika yang terkini dari ibu negara selepas operasi menyelamat dihentikan pada Rabu lalu.

Menurut Kol. Deepak Patil selaku Pengurus Besar National Highways & Infrastucture Development Corporation Limited (NHIDCL), mesin dan kelengkapan untuk plan C telah dibawa masuk.

Pelan menyelamat masih sama iaitu dengan menggerudi untuk memberi laluan bagi memasukkan paip keluli lembut selebar 900mm.

Rancangan membawa kesemua mangsa sedang diteliti

Memetik CNN, pihak berkuasa juga dikatakan sedang meneliti rancangan untuk membawa kesemua 40 mangsa yang terperangkap.

Rancangan itu termasuk menghubungi pasukan penyelamat yang berpengalaman dalam misi menyelamat yang rumit seperti demikian.

“Bantuan sedang diminta daripada pasukan khas Norway dan Thailand.

“Pasukan penyelamat telah menghubungi syarikat Thailand yang pernah melakukan operasi menyelamat kanak-kanak terperangkap di dalam gua,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Penerangan Daerah Uttarkarshi, Kirti Panwar.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Kejadian yang berlaku pada Ahad sekitar jam 5.30 pagi itu melibatkan sebuah terowong yang sedang dibina di Jalan Raya Kebangsaan Yamunotri di Uttarakhand.

Pembinaan terowong itu dibuat bagi menghubungkan Silkyara dan Dandalgaon di daerah Uttarkashi.

Kesemua mangsa yang terperangkapa bagaimanapun dilaporkan terselamat dan hanya boleh dihubungi menerusi walkie-talkie.

Sehingga ke hari ini, operasi menyelamat yang dijalankan telah memasuki hari yang keenam.

Sumber: Indian Express, CNN, Times of India

The post India Minta Bantuan Thailand, Selamatkan 40 Mangsa Terperankap Terowong Dibina Runtuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*