Individu Terkorban Dalam Kemalangan Di Pekan Merupakan Penuntut Kolej

Individu terkorban

Individu Terkorban Dalam Kemalangan Di Pekan Merupakan Penuntut Kolej

KUANTAN, 27 Dis (Bernama) — Dua individu yang terkorban selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler di KM 18 Jalan Pekan-Nenasi, Pekan semalam merupakan penuntut di sebuah kolej di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata individu yang maut merupakan pemandu kereta Perodua Kancil, Muhammad Shafiq Haikal Mohd Najib, 18, yang beralamat di Kampung Batu 5 Jalan Pekan Nenasi dan rakannya Muhammad Hanif Ikwan Md Kamizi, 18, beralamat di Taman Peramu Jaya, Pekan.

“Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa dari arah Rompin menghala Pekan telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar bahagian depan treler terbabit yang berada di laluan bertentangan, sehingga mengakibatkan kereta dinaiki mangsa terputus dua dan terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Akibat kemalangan itu, beliau berkata Muhammad Shafiq Haikal telah tercampak keluar dari kereta itu dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Muhammad Hanif Ikwan terbakar sepenuhnya.

Bagaimanapun, pemandu treler berusia 42 tahun tidak mengalamai sebarang kecederaan.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, media melaporkan dua individu maut temasuk seorang rentung selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian sekitar 8 malam itu.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: BERNAMA

The post Individu Terkorban Dalam Kemalangan Di Pekan Merupakan Penuntut Kolej appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*