Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Rupanya Cara Betul Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk

Cara Simpan Makanan Yang Betul Dalam Peti Sejuk

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Rupanya Cara Betul Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk

Peti sejuk merupakan satu perkakas elektik yang penting bagi menyimpan stok makanan sama ada jenis basah mahupun kering di setiap rumah.

Hal ini kerana barang-barang basah atau buah-buahan tidak dapat bertahan dalam jangka masa yang lama. Bagi memastikan ia kekal segar dan dapat disimpan dalam tempoh yang lebih lama, barangan tersebut perlulah diletakkan dalam tempat yang sejuk.

Umumnya, peti sejuk mempunyai tempat meletakkan barangan yang berbeza. Namun, tahukah anda setiap bahagian dalam peti sejuk mempunyai fungsi yang berbeza bagi setiap jenis barangan yang diletakkan?.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Bahagian Keselamatan dan kualiti makanan (BKKM) Jabatan Kerajaan Negeri Perak di bawah ini.

Langkah Penyimpanan Makanan Yang Betul Di Dalam Peti Sejuk

Pertama, anda janganlah menyimpan daging, dan ayam di dalam ruang pendingin melebihi dari tiga hari. Yang kedua ialah makanan yang dimasak juga tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk melebihi tiga hari.

Seterusnya, anda disarankan untuk menyimpan makanan masak di bahagian atas dan makanan mentah di bahagian bawah bagi mengelakkan berlaku pencemaran makanan.

Keempat, makanan panas hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Selain itu, anda juga tidak digalakkan untuk menyimpan makanan terlalu padat dalam peti sejuk.

Yang terakhir, anda perlu menyimpan daging. ayam dan ikan dalam bekas yang bertutup atau beg plastik yang kedap udara.

Tujuan Penyimpanan Makanan Yang Betul Dalam Peti Sejuk

Untuk pengetahuan, penyimpanan makanan yang betul di dalam peti sejuk dapat memastikan makanan dapat bertahan lebih lama selain memastikan ia terus berada dalam keadaan yang selamat sebelum dimakan.

Seterusnya, makanan yang disimpan dengan tepat dapat mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut.

Oleh itu, kesedapan dan kandungan nutrien dalam makanan tersebut juga terjamin.

Gambar: BKKM JKN Perak

Sumber: BKKM JKN Perak

The post Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Rupanya Cara Betul Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*