Tandatangani MoU, Indonesia Akan Beli 24 Unit Pesawat Tempur F-15EX

indonesia pesawat F-15EX

Tandatangani MoU, Indonesia Akan Beli 24 Unit Pesawat Tempur F-15EX

MISSOURI —  Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto mengesahkan bahawa kerajaan negara itu bakal membawa masuk pesawat tempur jenis F-15EX.

Beliau dalam satu hantaran di akaun Instagram rasmi miliknya hari ini memaklumkan perkara tersebut.

“Menandatangani komitmen MoU untuk membeli 24 Unit Pesawat Tempur F-15EX,” tulis Prabowo dalam satu hantaran.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Republik Indonesia dalam satu kenyataan berkata Memorandum Persefahaman (MoU) itu  mengukuhkan lagi Tentera Negara Indonesia (TNI) yang komited untuk membeli 24 unit pesawat pejuang F-15EX baharu dari Amerika Syarikat itu.

Gambar: Instagram Prabowo

Difahamkan, jet pejuang F-15EX itu merupakan pesawat tempur generasi 4.5.

Proses menandatangan itu telah berlangsung di The Boeing Company, St. Louis, Missouri. Susulan itu, Amerika Syarikat juga telah bersetuju agar Indonesia menggunakan F-15EX  dengan pemberian kod khas iaitu F-15IDN.

Dalam masa yang sama, Menteri Pertahanan itu juga sempat meluangkan masa untuk melihat unit pesawat pejuang di pejabat Boeing bersama pegawai Kementerian Pertahanan dan Syarikat Boeing.

Gambar: Instagram Prabowo

Terdahulu, pada November 2022, Prabowo telah memastikan perancangan pembelian jet pejuang F-15 berada di peringkat seterusnya sebelum menunggu kelulusan akhir daripada kerajaan.

Beliau juga telah mengadakan perbincangan dua hala antara Menteri Pertahanan Amerika Syarikat Lloyd J. Austin III di pejabat Kementerian Pertahanan Indonesia, Jakarta.

BACA JUGA: Lagi Rakaman Tular, Lebih Jelas Rakam Detik-detik Pesawat Terhempas Di Elmina

Syarikat Boeing juga telah bersetuju dengan penawaran perjanjian itu setelah proses rundingan berjalan dengan baik.

Pada Februari 2022, Jabatan Negara AS telah meluluskan penjualan jet pejuang F-15 kepada republik itu.

“Kami tentunya menyokong usaha Prabowo untuk terus memajukan sistem dan keupayaan pertahanan negara itu. Dan kami akan terus membantu dalam apa jua cara yang kami mampu.

“Kemasukan F-15EX sudah tentu meningkatkan lagi daya sistem operasi pertahanan,” kata Austin ketika itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Prabowo Subianto (@prabowo)

F-15EX

Untuk makluman, pesawat tempur, F-15EX buatan Boeing merupakan pesawat terbaharu keluaran F-15. F-15EX difahamkan mampu membawa muatan sehingga kira-kira 13,380 kilogram.

indonesia pesawat F-15EX
Gambar: Instagram Prabowo

Perkara ini membolehkan pesawat itu mampu membawa lebih banyak senjata berbanding pesawat pejuang generasi terdahulu.

Sumber: Kementerian Pertahanan Republik Indonesia, Instagram Prabowo

The post Tandatangani MoU, Indonesia Akan Beli 24 Unit Pesawat Tempur F-15EX appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*