Kanada Haramkan TikTok Pada Peranti Kerajaan Mulai Selasa – Laporan

kanada haramkan tiktok

Kanada Haramkan TikTok Pada Peranti Kerajaan Mulai Selasa – Laporan

Kanada dilaporkan bakal mengharamkan aplikasi TikTok daripada semua peranti keluaran kerajaan mulai Selasa, lapor BBC.

Menurut jurucakap kerajaan, keputusan itu dibuat susulan semakan oleh ketua pegawai maklumat Kanada yang mendapati aplikasi tersebut memberikan tahap risiko tinggi terhadap privasi dan keselamatan.

Sementara itu, Perdana Menteri Justin Trudeau berkata terdapat kebimbangan tentang keselamatan sekeliling yang memerlukan perubahan.

“Ini mungkin langkah pertama. Kemungkinan ini satu-satunya langkah yang perlu kita ambil,” katanya pada Isnin dalam satu sidang media di Toronto.

Larangan untuk pekerja Suruhanjaya Eropah akan mula berkuat kuasa pada 15 Mac.

Pengawal selia privasi Kanada juga sedang menyiasat TikTok berhubung kebimbangan mengenai data pengguna.

Kira-kira satu perempat daripada orang dewasa Kanada menggunakan aplikasi itu, menurut tinjauan terbaru oleh penyelidik di Makmal Media Sosial di Universiti Metropolitan Toronto.

Dalam satu kenyataan, Presiden Lembaga Perbendaharaan Kanada Mona Fortier berkata kerajaan komited dalam memastikan maklumat kerajaan selamat.

Aplikasi itu akan dialih keluar daripada peranti kerajaan pada minggu ini dan peranti lain akan disekat daripada memuat turun di masa hadapan.

“Pada peranti mudah alih, kaedah pengumpulan data TikTok menyediakan akses yang besar kepada kandungan telefon.

“Walaupun risiko menggunakan aplikasi ini jelas, kami tidak mempunyai bukti pada ketika ini bahawa maklumat kerajaan telah digodam,” ujarnya.

Sebelum ini, TikTok telah dikritik kerana menggunakan maklumat peribadi dan hubungannya bersama kerajaan China.

BACA: Kanada Lancar Siasatan Terhadap TikTok

Reaksi TikTok

Dalam pada itu, syarikat TikTok meluahkan rasa kecewa dengan pengharaman yang dibuat oleh negara tersebut.

Dalam satu kenyataan, jurucakap syarikat berkata larangan ke atas peranti itu berlaku tanpa memaklumkan sebarang kebimbangan keselamatan khusus mengenai TikTok.

Kanada tidak menghubungi TikTok untuk membincangkan sebarang kebimbangan sebelum membuat keputusan tersebut.

“Kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pegawai kerajaan kami untuk membincangkan cara kami melindungi privasi dan keselamatan warga Kanada.

“Tetapi membuat pengharaman seperti ini tidak mendorong untuk mencapai matlamat itu,” katanya.

TikTok menegaskan tindakan yang dilakukan oleh Kanada adalah menghalang orang ramai daripada menggunakan platform yang disukai oleh berjuta-juta rakyat Kanada.

Sumber: BBC

The post Kanada Haramkan TikTok Pada Peranti Kerajaan Mulai Selasa – Laporan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*