Polis Siasat Gambar Tular Anggotanya Bagi Orang Awam Pegang Senjata Api Ketika Bertugas

Bagi Orang Awam Pegang Senjata Api

Polis Siasat Gambar Tular Anggotanya Bagi Orang Awam Pegang Senjata Api Ketika Bertugas

Polis Daerah Seri Alam pada hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung isu tular seorang anggota polis yang membenarkan orang awam untuk memegang senjata api miliknya ketika bertugas.

Supt Ketua Polis Daerah Seri Alam, Mohd Sohaimi Bin Ishak berkata bahawa tindakan anggota polis itu adalah suatu kesalahan dan telah melakukan perlanggaran tatakelakuan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Mohd Sohaimi selepas gambar yang memaparkan imej seorang berpakaian seragam polis sedang menghisap rokok sambil ditemani seorang awam yang memegang senjata api miliknya tular di media sosial.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Hasil daripada siasatan polis, lelaki yang berpakaian seragam PDRM tersebut merupakan seorang anggota polis di Balai Polis Taman Johor Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Orang awam yang memegang senjata api jenis HK-MP5 itu pula adalah rakan kepada anggota polis tersebut. Gambar berkenaan dikatakan telah diambil pada 11 Januari pada jam lebih kurang 02.43 pagi oleh seorang lagi lelaki awam yang juga kenalan mereka. Gambar itu telah diambil berhadapan Balai Polis Taman Johor Jaya.

Menurut Sohaimi, ketika gambar tersebut diambil anggota yang terlibat sedang bertugas di pos pengawal balai polis tersebut. Ketiga-tiga mereka berumur 25 tahun dan tujuan gambar itu diambil adalah bertujuan untuk kenangan.

Tindakan anggota polis itu akan disiasat oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.

Jika didapati bersalah, anggota tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Kredit Polis Diraja Malaysia/Twitter

Sumber: Polis Diraja Malaysia

The post Polis Siasat Gambar Tular Anggotanya Bagi Orang Awam Pegang Senjata Api Ketika Bertugas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*