Ingat Tak Penting, Rupanya Ini Khasiat Minum Jus Oren Pada Setiap Pagi

khasiat jus oren

Biasanya kalau kita tengok drama di siaran televisyen, mereka selalu paparkan adegan pelakon minum jus oren pada setiap pagi. Ingatkan tak penting, rupanya ada sebab kenapa jus oren diambil pada waktu pagi.

Walaupun kita tidak biasa untuk mengambil jus itu pada setiap pagi disebabkan ia adalah rutin orang putih namun tidak salah untuk menukar rutin harian kepada perkara yang mendatangkan benda baik dalam hidup.

Kalau nak tahu khasiat yang ada dalam jus oren itu, sila ikuti perkongsian yang dibuat oleh Hello Doktor di bawah ini.

Mulakan Setiap Hari Dengan Segelas Jus Oren, Ini 5 Khasiatnya Buat Anda Sekeluarga!

Kredit: Hello Doktor

Apabila bercakap tentang jus buah, pastinya air oren antara yang menjadi pilihan utama.

Rasa masam manisnya yang sedap, ditambah pula dengan tekstur isi buahnya yang lembut, membuatkan rasa dahaga terisi dengan mudah.

Di samping rasa yang sedap, mari kita lihat apa lagi khasiat air oren menerusi artikel ini.

#1. Ia membantu merangsang sistem imun

Khasiat jus oren utama yang boleh dikaitkan dengan buah sitrus yang lain adalah kaya dengan vitamin C.

Vitamin ini menawarkan banyak manfaat termasuk merangsang sistem imun dengan membantu sel-sel imun bekerja dengan lebih efisyen.

Selain itu, bekalan vitamin C yang mencukupi adalah penting dalam pencegahan penyakit seperti Scurvy, yang lazimnya menjadi masalah untuk pelayar-pelayar zaman dahulu yang tidak berupaya untuk membawa tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan dalam pelayaran mereka.

Sebab itulah anda digalakkan mengambil jus oren jika selalu jatuh sakit untuk menguatkan ketahanan badan.

2. Air oren bersifat anti-radang

Oren juga kaya dengan antioksidan yang dikenali dengan sifat anti-radang serta anti-penuaan.

Antioksidan menghalang kesan radikal bebas ke atas badan anda dan membantu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

Kredit: Hello Doktor

#3. Ia membantu mengawal tekanan darah

Pigmen utama dalam jus oren adalah hesperidin yang boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.

Menurut kajian, 500 ml jus oren sehari secara berkala mampu menurunkan tekanan darah bagi orang dengan berat badan berlebihan serta meningkatkan kesihatan badan secara am.

#4. Ia membantu mengawal kadar kolesterol

Vitamin C, asid folik dan pigmen di dalam jus oren membantu untuk mengurangkan kadar LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat.

Ia juga meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL seterusnya mengurangkan nisbah LDL-HDL.

#5. Air oren sangat baik untuk kulit

Akhir sekali, khasiat jus oren yang terakhir dalam senarai ini adalah ianya mempunyai manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit.

Vitamin C di dalam jus oren boleh memberikan anda kulit yang sihat dan muda dengan merangsang pembentukan kolagen.

Ia juga membantu menghalang dari kesan buruk sinaran UV matahari!

Anak anda juga perlu minum air oren?

Kredit: Hello Doktor

Baiklah, sekarang kita sudah tahu, bahawa air oren ini baik untuk kita. Namun bagaimana pula dengan si kecil kita? Bolehkah mereka meminumnya?

Ibu bapa diingatkan untuk memberi 100 peratus jus buah-buahan segar.

Selain itu, sila elakkan si kecil anda minum koktel atau kordial buah-buahan.

Ini kerana ia mengandungi bahan perasa dan pewarna yang berlebihan serta berbahaya buat anak anda.

Oleh itu, sila semak label terlebih dahulu sebelum membeli atau meminumnya.

Air oren adalah pilihan yang paling terbaik kerana jus ini mempunyai kandungan gula yang paling rendah berbanding jus-jus yang lain selain tinggi kandungan vitamin C.

Pun begitu, anda masih perlu berhati-hati kerana ada sesetengah kanak-kanak tidak dapat menahan sitrus yang ada dalam jus sekali gus menyebabkan perut mereka berasa tidak selesa.

Jadi, anda dan anak anda boleh mengambilnya tanpa sebarang masalah. Cuma jangan terlalu banyak sehingga tidak mahu mengambil air kosong pula ya!

Sumber: Hello Doktor

BACA: Lelaki Ni Kongsi 3 Kesilapan Biasa Orang Buat Bila Goreng Ayam & Bagaimana Cara Atasinya

The post Ingat Tak Penting, Rupanya Ini Khasiat Minum Jus Oren Pada Setiap Pagi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*