54 penerbangan pemindahan perubatan Orang Asli sepanjang tahun lalu

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melaksanakan 54 penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi mengeluarkan pesakit Orang Asli di kawasan pedalaman daerah ini untuk ke hospital sepanjang tahun lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, secara keseluruhan jumlah penerbangan Medevac yang dilakukan anak kapal sepanjang tahun 2022 adalah selama 170 jam.

Katanya, sebanyak empat pesawat digunakan iaitu helikopter jenis Agusta 109E (A109E), Agusta Westland 189 (AW189) AW139 dan Mi-17-IV.

“Bulan Julai mencatatkan kekerapan penerbangan paling banyak iaitu sebanyak 13 kali.

“Helikopter AW189 paling kerap digunakan untuk tugasan membawa pesakit Orang Asli,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Hasrizal berkata, Unit Udara JBPM juga turut melakukan penerbangan menghantar 23 tan bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli di pedalaman yang terputus hubungan kerana jalan rosak pada Disember tahun lalu.

Katanya, Unit Udara JBPM sentiasa komited dan bersiap sedia dalam melaksanakan tugas menyelamat termasuk di kawasan pedalaman Orang Asli. – KOSMO! ONLINE

The post 54 penerbangan pemindahan perubatan Orang Asli sepanjang tahun lalu appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*