Ingatkan Guna Lidah, Rupanya Macam Ni Cara Ular Minum Air

Cara ular minum air

Ingatkan Guna Lidah, Rupanya Macam Ni Cara Ular Minum Air

Haiwan reptilia seperti yang kita tahu, mereka merupakan haiwan yang berdarah sejuk. Haiwan reptilia juga mempunyai ciri khusus seperti bersisik dan membiak dengan cara bertelur.

Haiwan reptilia seperti ular merupakan antara haiwan yang terdapat di Malaysia, terutamanya reptilia jenis ular sawa batik.

Namun begitu, walaupun ia sudah menjadi kebiasaan bagi ramai daripada kita untuk bertembung dengan haiwan ini, tetapi tahukah anda ular mempunyai cara unik untuk minum air.

Menerusi perkongsian oleh laman Twitter @todayyearsoldig yang sering berkongsi berkenaan sumber berita terkini dan fakta menarik. Twitter tersebut pada hari ini telah berkongsikan sebuah video berkenaan bagaimana cara ular minum air.

Berdasarkan perkongsian video tersebut, seekor ular dari spesies ular sawa dilihat sedang menghilangkan dahaganya dengan meminum air dari cawan plastik.

Apa yang menarik perhatian adalah, bagaimana cara ular itu minum air tersebut. Ular berkenaan dilihat memasukkan kepalanya ke dalam cawan plastik dan kuantiti air di cawan itu tiba-tiba berkurangan.

Menerusi ciapan muat naik tersebut, ia menyatakan bahawa ular tersebut meminum air di dalam cawan tersebut dengan cara menyedutnya seperti menggunakan straw minuman.

Baca: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Macam guna straw minuman besar

“Jika ada satu perkara yang anda harus pelajari hari ini. Belajar mengenai ini. Ular minum air dengan menyedutnya seperti menggunakan straw minuman besar,” tulis ciapan tersebut.

Kredit Twitter

Setakat artikel ini ditulis, video muat naik tersebut telah mendapat tontonan lebih daripada 330k.

Terdahulu, tular di media sosial Indonesia aksi seorang wanita yang memberanikan diri menangkap seekor ular sawa sepanjang tiga meter dengan hanya tangan kosong.

Video rakaman itu telah dimuat naik oleh @memomedsos di akaun Instagram miliknya.

Berdasarkan muat naik video tersebut, tanpa rasa takut wanita itu segera menarik seekor ular yang hampir melarikan diri ke dalam sebuah parit.

Ular itu dipercayai cuba melarikan diri selepas cubaannya untuk membaham seekor kucing di kawasan perumahan itu gagal.

“Ular sepanjang kira-kira tiga meter itu didapati berkeliaran di kawasan perumahan Bukit Beringin, Kecamatan Ngaliyan, Jawa Tengah, pada Selasa,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Sumber: Today Years Old via Twitter

The post Ingatkan Guna Lidah, Rupanya Macam Ni Cara Ular Minum Air appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*