Tanaman Asyik Tak Jadi, Betul Ke Wujud Istilah Tangan Panas Tangan Sejuk

Aktiviti berkebun

Aktiviti berkebun merupakan salah satu aktiviti yang amat berfaedah dan boleh dikatakan mempunyai manfaat yang baik. 

Namun, korang tahu tak ada satu mitos dan menjadi bualan orang ramai dalam aktiviti berkebun iaitu “Tangan Panas Tangan Sejuk”.

Ada orang campak benih je pokok menjadi dan ada yang dah jaga teliti, tapi pokok tak hidup pula. Dari situlah munculnya istilah ‘tangan panas’ ini bilamana seseorang gagal dalam aktiviti berkebun. Adakah mitos ini betul-betul wujud?

Mitos “Tangan Panas Tangan Sejuk” Tidak Wujud?

Untuk maklumat korang istilah ini sebenarnya TIDAK WUJUD. Tetapi, mengapa pula? Bagi memudahkan orang ramai faham, min refer dengan pandangan oleh saudara Muhamad Adli Salihin bin Samsudin atau Abg Edd daripada Jabatan Pertanian Malaysia.

Menurut beliau, mitos “Tangan Panas Tangan Sejuk” memang tiada dalam kamus bercucuk tanam. Ianya bergantung kepada teknik yag betul dalam aktiviti berkebun.

Ada 10 teknik yang perlu diketahui dan dipraktikkan dalam aktiviti berkebun iaitu:

1) Menanam – Teknik ini merangkumi perkara seperti menyediakan alatan yang betul, tidak koyakan plastik polibag sebelum lubang tanaman dibuat, dan gunakan media tanaman yang betul (tanah campuran)

2) Menyiram – Korang perlu tahu waktu yang terbaik untuk melaksanakan aktiviti penyiraman (awal pagi dan lewat petang). Jangan siram berlebihan dan elakkan guna tekanan air yang sangat kuat.

3) Menggembur tanah – Elakkan menggembur tanah berdekatan dengan pangkal pokok tanaman. Ianya boleh menyebabkan tanaman korang rosak lalu mati.

4) Merumpai – Merumpai ataupun mencabut rumput liar di sekitar tanaman korang dengan berhati-hati dan jangan rentap terus. Akar tanaman mudah tercedera jika korang cabut rumpai dengan tidak berhati-hati terutamanya jika ia berada berdekatan di sekeliling pangkal tanaman.

5) Memangkas – Teknik ini penting untuk membuang dahan tanaman yang telah mati ataupun berpenyakit sebab ianya boleh ganggu kesihatan keseluruhan pokok.

6) Mengawal perosak atau penyakit – Teknik ini bertujuan untuk mengelakkan serangan perosak dan juga jangkitan penyakit. Kawalan perlu dilakukan sama ada korang menggunakan bahan kimia yang dibenarkan ataupun menggunakan bahan berasaskan organik. 

Namun korang harus menggunakan kadar bancuhan yang betul dan jangan berlebihan pada tanaman. Harus lakukannya secara berjadual dan sistematik.

7) Membaja – Teknik ini dilakukan untuk beri zat dan nutrient pemakanan kepada tanaman bagi menghasilkan pokok yang sihat. Gunakan baja dengan kadar yang betul pada peringkat umur tanaman yang tepat dan jangan guna kadar baja yang berlebihan dari yang dicadangkan.

8) Membersihkan kawasan – Bersihkan kawasan berkebun korang dari sampah-sarap dan sebagainya agar ia tidak mengganggu pertumbuhan tanaman.

9) Kitaran penempatan bagi penggemar indoor plant – Jangan biarkan tanaman korang berada terlalu lama dalam rumah terutama di kawasan yang tidak terima cahaya matahari secara langsung. 

Setiap 3 minggu, bawalah indoor plant korang untuk buat ‘sunbathing’ pada tanaman tersebut untuk jangka masa 5-6 hari. Lakukan juga aktiviti penyelenggaraan tanaman pada waktu ‘sunbathing’ ini. Walaupun ianya digelar indoor plant, tanaman ini TIDAK BOLEH berada dalam kediaman korang dalam jangka masa yang agak lama dengan tidak menerima cahaya matahari yang mencukupi.

10) Menuntut ilmu – Korang kena sentiasa mempelajari teknik- teknik yang betul. Korang boleh dapatkan khidmat nasihat teknikal daripada mereka yang arif dalam ilmu berkebun serta jangan sesekali mudah berputus -asa.

Jelaslah istilah “Tangan Panas, Tangan Sejuk” hanyalah mitos sahaja. Sebenarnya, kita hanya perlu belajar dan amalkan teknik yang betul dalam aktiviti berkebun.

KPKM Anjur HPPNK Di Ipoh, Perak

Bercakap tentang aktiviti berkebun, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM) bakal anjurkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023.

Pertama kali diadakan pada 6 Ogos 1975, HPPNK kali ini akan diadakan pada 10 hingga 12 November 2023 di Dataran Bulatan Azlan Shah Meru, Ipoh Perak.

Aktiviti berkebun

Berperanan sebagai ‘signature event’ KPKM, program kali ini membawa konsep penganjuran yang agak berbeza dengan tema keterjaminan bekalan makanan negara iaitu mengutamakan golongan muda yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan. Boleh dikatakan, tema yang dipilih amat bersesuaian iaitu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai betapa pentingnya sektor agromakanan.

Menariknya, korang yang berminat dengan aktiviti pertanian boleh join perkongsian & belajar teknik pertanian dan perladangan yang betul. Bahkan, program ini juga memberi fokus kepada Agro Millenia (golongan muda) serta Agroteknologi dan Inovasi.

Aktiviti berkebun

Kalau korang nak tahu, Agro Millenia mengetengahkan aspirasi menggalak dan mengekalkan penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian. Ianya merangkumi semua subsektor iaitu tanaman, ternakan, perikanan serta industri asas tani di sepanjang rantaian nilai agromakanan.

Antara tarikan utama yang ada melalui pengisian Agro Millenia ialah:

  • 150-200 peluang pekerjaan dalam bidang pertanian dan lain-lain
  • Peluang pendidikan dan pembangunan kapasiti dalam bidang pertanian
  • Perkongsian kisah kejayaan oleh ikon dan influencer
  • Agropelancongan sebagai nilai tambah dalam bidang pertanian
  • Agro Kulinari dan budaya berasaskan kopi
  • Trend orang muda seperti muzik santai dan perkhidmatan kecantikan
  • Penganjuran E-Sukan

Melalui pengisian Agroteknologi dan Inovasi pula, HPPNK bakal menonjolkan kepada masyarakat mengenai kepentingan pengisian ini dalam industri agromakanan negara. 

Dengan kecanggihan agroteknologi dan inovasi pertanian, semakin bertambahlah produk pertanian yang dapat dihasilkan dengan lebih efektif. Secara tidak langsung, ia juga memberi impak terhadap hasil pertanian dan kemampanan alam sekitar di samping melahirkan lebih ramai usahawan untuk menceburi bidang pertanian.

Antara tarikan utama pengisian Agroteknologi dan Inovasi ialah:

  • Combine Harvester Simulation
  • Model Laman Padi IR4.0
  • Set Petani 1m²
  • Menara Tanaman
  • Model kandang kambing berteknologi
  • Pameran Baka Lembu Hibrid terbaik
  • Pameran peralatan dan sangkar haiwan kesayangan 
  • Produk inovasi sisa tanaman nanas
  • Inovasi makanan ikanTepung usus ayam (CIM)
  • Pameran biogas
  • Persembahan gendang dan kompang
  • Prototaip dan teknologi kejuruteraan pertanian untuk sistem pertanian pintar
  • Model sistem pengairan & saliran pertanian.
  • Pengurusan jerami padi
  • Pengurusan air sawah padi 

Dengan wujudnya isu atau kebimbangan tentang krisis sekuriti makanan kebelakangan ni, mungkin kita boleh menambah ilmu pertanian terutamanya bagi golongan muda.

Bak kata peribahasa, berbudi pada tanah, lambat laun dapat hasilnya. Dengan adanya program seperti ini, ianya secara tidak langsung memastikan aktiviti pemasaran pelbagai produk agromakanan tempatan dapat diperluaskan sama ada diperingkat Persekutuan, mahupun Negeri.

Bagi korang yang berminat, korang boleh datang beramai-ramai ke Dataran Bulatan Azlan Shah Meru, Ipoh Perak pada 10 hingga 12 November ini. 

Nak tahu lebih lanjut mengenai HPPNK, korang boleh dapatkan info di https://www.kpkm.gov.my/ dan ikuti semua platform media sosial KPKM.

The post Tanaman Asyik Tak Jadi, Betul Ke Wujud Istilah Tangan Panas Tangan Sejuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*