Ingatkan Jus Oren, Tujuh Pelanggan Terminum Cecair Pencuci Lantai Dihidang Pekerja Restoran

Ingatkan Jus Oren, Tujuh Pelanggan Terminum Cecair Pencuci Lantai Dihidang Pekerja Restoran

Tujuh pelanggan sebuah restoran terpaksa dikejarkan ke hospital selepas restoran tersebut tersilap menghidangkan cecair pencuci lantai yang disangka sebagai jus oren, lapor South China Morning Post (SCMP).

Salah seorang pelanggan yang dikenali sebagai Sister Wukong menceritakan bahawa dia sedang makan di sebuah restoran di wilayah Zhejiang bersama keluarga dan rakan-rakanya pada 16 Januari lalu.

Sewaktu kejadian, dia telah dihidangkan oleh seorang pelayan restoran dengan sebotol jus buah di meja mereka.

Menurut Sister Wukong dalam sebuah video yang dikongsinya dalam talian menceritakan pengalamannya bersama enam yang lain sewaktu dihantar ke hospital bagi mengepam keluar cecair tersebut.

Tambahnya lagi, minuman yang dihidangkan itu mempunyai rasa yang pelik lantas menyedari kesilapan yang dibuat oleh restoran berkenaan.

Mereka kemudiannya diberitahu oleh restoran itu bahawa seorang pelayan mereka yang mempunyai masalah penglihatan telah menyebabkan kekacauan tersebut, kata Sister Wukong dalam video berkenaan.

Video yang dimuat naik tersebut kemudiannya menjadi tular dan dia membuat keputusan untuk memadam video berkenaan daripada akaunnya.

Kesemua tujuh orang pelanggan tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan akan menuntut pampasan daripada restoran berkenaan, kata seorang pegawai polis dari Balai Polis Xucun kepada SCMP.

“Biar saya tunjukkan kepada kamu semua keadaan kami. Kami bertujuh makan bersama-sama dan terpaksa mengepam perut kami,” kata Sister Wukong dalam videonya sambil berbaring di atas katil hospital.

Dia berkata bahawa suaminya orang pertama yang mula meminum minuman tersebut dan memberitahu mereka yang lain bahawa minuman itu mempunyai rasa pahit lalu mereka juga mulai merasa cecair itu.

“Saya minum satu teguk dan telan. Tekak saya berasa sangat perit secara serta-merta,” katanya lagi.

Pelayan restoran itu mengakui bahawa dia telah melakukan kesilapan kerana dia pekerja baru dan mempunyai masalah penglihatan.

Masih tidak jelas apa jenis cecair pencuci yang dihidangkan kepada kumpulan itu, tetapi carian di platform beli-belah terbesar dalam talian mendedahkan terdapat pelbagai jenama detergen lantai popular yang dibungkus seperti minuman jus buah oren.

Sumber: South China Morning Post

The post Ingatkan Jus Oren, Tujuh Pelanggan Terminum Cecair Pencuci Lantai Dihidang Pekerja Restoran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*