Warga Emas Dilapor Maut, Kereta Dipandu Dirempuh Ambulans & Terbabas Dalam Longkang

kemalangan

Warga Emas Dilapor Maut, Kereta Dipandu Dirempuh Ambulans & Terbabas Dalam Longkang

Seorang warga emas disahkan meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya dirempuh oleh ambulans sehingga terbabas ke dalam longkang di persimpangan di Wuhan, wilayah Hubei.

Memetik laporan Yahoo TV, ambulans tersebut telah melanggar lampu isyarat berwarna merah untuk membawa pesakit ke hospital dan secara tidak sengaja merempuh kereta milik mangsa yang berusia 60 tahun.

Akibat rempuhan itu, kereta mangsa tertolak sehingga terjatuh ke dalam longkang sedalam 1.15 meter berhampiran jalan.

Bagaimanapun, pihak bomba berjaya menarik kereta mangsa kira-kira 37 minit selepas kemalangan berlaku, malangnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia akibat lemas.

kemalangan
Kredit: Yahoo.tv

Menerusi rakaman kenderaan (dash cam), kereta tersebut dipandu pada had laju yang biasa pada mulanya sebelum mangsa memecut laju sekitar 13 saat terakhir (sebelum lampu isyarat bertukar warna).

Difahamkan, ambulans tersebut membawa enam orang termasuk seorang pesakit, ahli keluarga, seorang doktor, seorang jururawat, seorang pembantu dan pemandu ambulans.

Sejurus selepas kemalangan berlaku, pemandu dan pembantu ambulans telah bertindak masuk ke dalam air untuk menyelamatkan mangsa namun gagal kerana kereta mangsa dikatakan berada dalam keadaan terbalik.

Manakala, anak mangsa berkata, kakitangan perubatan hospital seolah-olah tidak berusaha untuk menyelamatkan ayahnya sehingga menyebabkan ayahnya meninggal dunia.

Dalam kejadian yang sama, jururawat tersebut dilaporkan mengalami patah tulang rusuk.

Susulan itu, kakitangan perubatan telah digantung kerja untuk membantu siasatan.

“Kami tidak akan lari daripada tanggungjawab, kes masih disiasat oleh polis trafik,” jelas jurucakap pusat kecemasan.

Sumber: Yahoo.tv

The post Warga Emas Dilapor Maut, Kereta Dipandu Dirempuh Ambulans & Terbabas Dalam Longkang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*