61 Terbunuh Dalam Insiden Serangan Bom Di Masjid Pakistan

letupan masjid di pakistan

61 Terbunuh Dalam Insiden Serangan Bom Di Masjid Pakistan

61 terbunuh manakala 150 penduduk lain tercedera dalam satu letupan yang berlaku di sebuah masjid yang terletak dalam ibu pejabat polis Pakistan di wilayah Peshawar pada Isnin, lapor CNA.

Kejadian itu telah membuatkan kerajaan mengambil tindakan untuk membuat pengawasan secara ketat.

Difahamkan, serangan itu berlaku semasa penduduk melakukan ibadah berhampiran sempadan Afghanistan, yang juga merupakan tempat dimana serangan militan sering berlaku.

Ketua polis Peshawar, Muhammad Ijaz Khan menganggarkan kira-kira 300 dan 400 pegawai polis terlibat dalam kejadian terbabit kerana dipercayai sedang mendirikan solat di masjid tersebut.

“Ramai anggota polis tertimbus di bawah runtuhan dan pada ketika itu pihak berkuasa telah melakukan usaha untuk mengeluarkan mereka dengan selamat,” katanya.

Mangsa yang terselamat berlumuran darah keluar dalam keadaan yang tempang, manakala mayat telah dibawa ke hospital dengan ambulans.

Kredit: AFP Via Gulf News

“Ia adalah situasi kecemasan,” ujar Muhammad Asim Khan, jurucakap hospital Peshawar kepada AFP.

Semasa misi menyelamat dilakukan, jumlah kematian terus meningkat apabila lebih banyak mayat ditarik menjadikan 61 terbunuh dengan 150 cedera.

Apabila menjelang malam, sekurang-kurangnya empat lelaki masih terperangkap dalam runtuhan itu dan telah diberikan oksigen, menurut Bilal Ahmad Faizi, jurucakap organisasi penyelamat.

Namun, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terbabit.

Menurut pegawai, letupan itu datang dari barisan kedua jemaah, dengan pemusnah bom yang berkemungkinan untuk memusnahkan semua yang terlibat.

Seorang anggota polis Shahid Ali yang terselamat berkata letupan berlaku beberapa saat selepas imam memulakan solat.

“Saya melihat asap hitam yang banyak dan berlari keluar untuk menyelamatkan nyawa saya.

“Jeritan orang ramai masih bergema di fikiran dan ramai yang bertindak untuk meminta pertolongan dengan cara menjerit,” katanya ketika menceritakan keadaan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam satu kenyataan berkata pengganas bertindak sedemikian kerana mahu menimbulkan rasa takut kepada mereka yang menjalankan tugas mempertahankan negara itu.

Kemudiannya, kerajaan mengumumkan wilayah di seluruh negara itu berada dalam pengawasan yang ketat selepas letupan berlaku dan pusat pemeriksaan juga dipertingkatkan dan pasukan keselamatan telah dikerahkan membantu mangsa kejadian.

Sumber: AFP via CNA

BACA: Letupan Besar ‘Musnahkan’ Sebuah Kelab Malam, Puluhan Mangsa Dilapor Cedera

The post 61 Terbunuh Dalam Insiden Serangan Bom Di Masjid Pakistan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*