‘Ini Sangat Sedap’, Wanita Ini Teruja Makan Makanan Anjing

wanita cuba makanan anjing

Akibat tidak dapat melawan perasaan ingin tahu dalam diri, seorang wanita bertindak untuk makan makanan anak anjing peliharaanya, lapor New York Post.

Difahamkan, pemilik anjing, Diaine, 22 tahun, berasal dari Edinburgh ingin mencubanya berikutan untuk menguji diri sendiri sama ada dia menyukai makanan anjing tersebut sama seperti anak anjingnya, Lady atau sebaliknya.

Bukan hanya itu, malah Diaine turut merakamkan reaksinya makan empat jenis makanan berbeza, tiga makanan kering dan satu fillet itik yang turut diberikan kepada Lady.

Perkongsian itu dimuat naik dalam aplikasi Tiktok, @diaineo yang telah mendapat tontonan sebanyak 93,000 kali tontonan, 6,285 tanda suka dan 121 komen yang ditinggalkan (setakat dilaporkan).

Dalam video tersebut, dapat dilihat Diaine memulakan dengan makan makanan anjing yang berperisa kelapa dan reaksinya sangat mengejutkan.

“Ini sebenarnya sangat sedap,” katanya.

Malah, bagi membuktikan kesedapan makanan anjing tersebut, dia telah memberikan nilai sembilan per sepuluh yang ternyata suatu nilai yang tinggi.

wanita cuba makanan anjing
Kredit: @diaineo | Tiktok

Seterusnya dia mencuba makanan yang seterusnya dan dilihat Diaine tidak begitu menyukainya malah serta-merta meludahkannya dengan nilai tiga per sepuluh.

Kemudian, dia beralih kepada makanan yang berperisa salmon, katanya, “Saya suka salmon, jadi yang ini mesti sedap,”

Namun, seperti sebelumnya, dia turut meludahkannya kembali dan menyatakan rasanya seperti biskut yang mendorongnya untuk memberi nilai yang tinggi iaitu tujuh per sepuluh.

Manakala, makanan yang terakhir ialah fillet itik kenyal. Menurut Diaine, dia takut untuk melakukan pengujian terhadap makanan tersebut ekoran ia berlendir.

Lebih teruk lagi, Diaine mempunyai masalah untuk menggigitnya sebelum memutuskan untuk tidak mencubanya dan meletakkan nilai empat per sepuluh untuk makanan itu.

“Ramai orang berkata ia adalah perkara pelik tetapi anda cuma hidup sekali. Adakah anda tidak berminat untuk memcuba perkara baharu?

“Disebabkan saya selalu merenung anjing saya sedang makan, saya menjadi ingin tahu bagaimana rasanya,” katanya.

“Adakah anda baik-baik sahaja? Ini bukan perkara biasa” – warganet

Disebabkan perkongsiannya itu merupakan perkara yang tidak pernah dilakukan dan bersifat ganjil, rata-rata warganet yang meninggalkan komen di TikTok terkejut dengan tindakannya itu.

“Saya tidak mampu berkata apa-apa,” kata seorang netizen.

“Adakah anda baik-baik sahaja? Ini bukan perkara biasa,” tanya seorang yang lain.

Di luar jangkaan lagi, ada netizen yang mencadangkan makanan anjing yang perlu dicubanya oleh Diaine. Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan mereka juga turut melakukan perkara sama.

“Cuba rasa kacang Wagg dan pisang pasti sedap, baunya juga sedap!” komen seoran netizen

“Anda perlu mencuba coklat untuk anjing,” tambah yang lain.

 

@diaineo

My dog is called Lady fyi #tastetest #chihuahuasoftiktok

♬ Elevator Music – Bohoman

Sumber: New York Post

The post ‘Ini Sangat Sedap’, Wanita Ini Teruja Makan Makanan Anjing appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*