Sebesar Tapak Tangan, Kenali Spesies Arnab Terkecil Di Dunia

Arnab Terkecil di dunia

Tahukah anda dalam satu spesies haiwan itu sendiri mempunyai tahap kebesaran badan yang berbeza? Tidak kisahlah, spesies haiwan tersebut, tetap akan ada baka yang mengungguli yang terbesar mahupun yang terkecil.

Jadi, dalam perkongsian kali ini, mari sama-sama kenali arnab terkecil di dunia yang sudah pasti jarang anda lihat atau ketahui.

Hanya dijumpai di satu bahagian dari kawasan wilayah Washington, Arnab Columbia Basin Pigmy adalah baka arnab terkecil dengan berat di bawah 500 gram.

Terdapat banyak baka arnab domestik sesuai dijadikan haiwan peliharaan, tetapi baka terkecil ini merupakan baka arnab yang liar dan tidak sesuai untuk dipelihara.

Tambah Oddity Central, arnab ini merupakan spesies yang terancam dan telah diisytiharkan pupus pada tahun 2001 apabila 14 spesimen terakhir telah diambil dari habitat asal untuk proses pembiakan kurungan.

Walaupun para saintis telah melakukan yang terbaik untuk proses pembiakan, namun arnab Pigmy ini tidak dapat membiak dengan sebaiknya.

Hal ini turut dipengaruhi oleh populasi kecil arnab itu sendiri, ditambah lagi dengan kematian baka jantan terakhir pada 2006 dan 2008.

Namun begitu, ahli pemuliharaan berjaya menyelamatkan baka itu dengan mengacukkannya dengan arnab pygmy Idaho.

Arnab Terkecil di dunia
Kredit: Christophe Paquin via Oddity Central

Untuk pengetahuan, arnab Pigmy makan tumbuhan yang dikenali sebagai “Sagebrush” lebih-lebih lagi pada musim sejuk, tetapi aktiviti pembangunan dan pertanian serta kebakaran hutan adalah salah satu punca utama baka ini diisytiharkan pupus.

Memetik Oddity Central, arnab Pigmy dewasa mempunyai berat antara 375 hingga 500 gram dan panjang antara 23.5 hingga 29.5 cm (9.3 hingga 11.6 inci). Lebih menarik lagi, badan bagi baka betina dikatakan lebih besar daripada jantan.

Sehingga kini, tiada rekod yang didapati bahawa arnab baka ini mampu dijinakkan, tetapi jika anda ingin memelihara arnab kecil, pilihan terbaik ialah arnab domestik terkecil, arnab kerdil Belanda dengan harga antara RM130 ($30) sehingga RM390 ($90).

Arnab Terkecil di dunia
Kredit: US Government National Park Service via Oddity Central

 

Sumber: Oddity Central

The post Sebesar Tapak Tangan, Kenali Spesies Arnab Terkecil Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*