Ini Tips Untuk Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan

tips khatam al-quran

Ini Tips Untuk Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan merupakan salah satu tempoh yang sering dinanti-nantikan oleh para penganut agama Islam. Bulan ini sering menjadi titik permulaan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan ibadah berbanding bulan-bulan sebelumnya.

Antara aktiviti yang lazim dilakukan ketika bulan Ramadan adalah Tadarus al-Quran. Amalan ini boleh dilakukan secara beramai-ramai ataupun berseorangan.

Jika amalan ini diamalkan secara beramai-ramai, sudah tentu kita dapat khatam, atau menghabiskan kesemua juzuk dalam al-Quran menjelang akhir Ramadan.

Akan tetapi, agar sukar untuk menghabiskan kesemua juzuk dalam al-Quran jika membaca berseorangan.

Tips khatam Al-Quran

Namun, jika kita berdisiplin dan tiada aral melintang, kita masih dapat khatam al-Quran menjelang akhir bulan Ramadan ini.

Sebelum itu, kita perlu mengetahui bahawa keseluruhan al-Quran memiliki 604 muka surat dan 114 surah. Manakala, setiap satu juzuk pula mengandungi 20 helai muka surat.

Menurut perkongsian Hira Gora menerusi laman TikTok (@hiragoharrr), anda sebenarnya boleh memperuntukkan satu juzuk untuk setiap hari dalam bulan Ramadan.

Dengan ini, anda perlu membaca sekurang-kurangnya 20 muka surat al-Qur’an setiap hari secara konsisten. Jika anda memiliki masa yang agak terhad, anda sebenarnya boleh memperuntukkan beberapa muka surat untuk setiap waktu solat.

Sebagai contoh, 20 muka surat yang perlu dibaca setiap hari dibahagikan mengikut waktu solat fardu iaitu, sebanyak lima kali.

Melalui kaedah pengiraan ini, anda hanya perlu membaca kira-kira empat muka surat selepas menunaikan solat fardu.

@hiragoharrr

I hope this helps #ramadan #quran #muslimtiktok #ramadan2024 #viral #tips #helpful #islamic #muslimah #tryit #muslim #hijab #dawah #prophetmuhammad #arab #desi #arabictiktok #sunnah #sunnat #learnislam #islamicreminder #islamic_video #deen #dunya

♬ original sound – Wsh on rit ensemble

Fakta menarik berkenaan al-Quran

Menurut hantaran Facebook Bahagian Dakwah, Jakim, setiap satu juzuk al-Quran memiliki dua hizb. Bagi yang kurang memahami maksud hizb, hizb adalah tanda yang menunjukkan permulaan kisah atau cerita yang baru.

Secara keseluruhan, satu al-Quran memiliki 60 hizb, manakala satu hizb akan mengandungi empat maqra. Maqra pula adalah pecahan surah atau kelompok dalam al-Quran.

Dalam kitab suci al-Quran, terdapat 240 maqra atau pecahan dan setiap maqra akan ditanda dengan huruf ain ( ع ). Dengan ini, anda boleh membahagikan bahagian bacaan al-Quran dengan lebih mudah, khususnya jika mengamalkan amalan tadarus secara beramai-ramai.

Secara umumnya, jika memiliki kelapangan, anda sebenarnya boleh khatam al-Quran lebih daripada sekali ketika bulan Ramadan. Anda hanya perlu meningkatkan jumlah bacaan al-Quran untuk setiap waktu solat.

Dalam masa yang sama, hayatilah al-quran itu dengan sebaiknya dan berdoa agar amalan kita diterima oleh Allah SWT.

BACA: Isu Kurma Dari Israel, Syarikat Matahari Mohon Maaf

Sumber: Bahagian Dakwah, Jakim via Facebook, @hiragoharrr via TikTok

The post Ini Tips Untuk Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*