Tular USD1/RM4.98, Ini Penjelasan Dari Bank Negara

usd1/rm4.98

Tular USD1/RM4.98, Ini Penjelasan Dari Bank Negara

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman webnya memberi penjelasan tentang isu kadar pertukaran USD/MYR yang menjadi tular sejak semalam.

Menurut bank pusat itu, kadar pertukaran USD1/RM4.98 yang dipaparkan di platform tersebut adalah tidak tepat.

“BNM tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit yang sedang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran USD/MYR yang salah diterbitkan oleh Google pada 15 Mac 2024.

“Maklumat ini tidak tepat dan tidak mencerminkan dagangan sebenar,” kata BNM.

Ujar BNM, sebaliknya kadar pertukaran semalam berada pada 4.7015 pada pukul 9 pagi dan 4.7045 pada pukul 5 petang dengan kadar intrahari tinggi pada 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit.

Kadar pertukaran USD1/RM4.98 adalah tidak tepat

“Sepanjang dua minggu yang lalu (1 – 15 Mac 2024), nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 0.76% berbanding dengan dolar AS,” kata BNM lagi.

Insiden kadar pertukaran yang tidak tepat di Google ini merupakan kali kedua yang berlaku pada 2024. Dalam insiden pertama yang berlaku pada 6 Februari lepas, BNM sudah pun menghantar surat peringatan tegas kepada pihak pengurusan platform berkenaan.

“Susulan insiden salah lapor yang kedua ini, BNM akan menghubungi Google sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan tentang punca pelaporan yang tidak tepat ini berlaku dan langkah-langkah pembetulan yang dibuat memandangkan isu yang berulang ini telah menjejaskan Malaysia dan banyak negara lain sejak beberapa bulan yang lalu,” tambah BNM.

Orang ramai dinasihatkan rujuk kepada data pertukaran rasmi

Dalam pada itu, BNM turut menasihatkan orang ramai agar merujuk kepada data tukaran rasmi, termasuk data yang dibekalkan oleh bank pusat tersebut.

“Orang ramai juga perlu mengelak daripada menggunakan, menyebarkan atau membuat spekulasi berhubung dengan sumber yang tidak disahkan sebagai rujukan bagi ringgit.

“Kadar pertukaran ialah data yang peka pasaran dan sebarang laporan yang tidak tepat dan penyebaran data yang tidak disahkan boleh mengakibatkan implikasi yang serius terhadap pasaran kewangan.”

BACA: Lewis Hamilton Buat Kejutan, Lawat SMK Sri Keramat Hari Ini

Sumber: Bank Negara Malaysia

The post Tular USD1/RM4.98, Ini Penjelasan Dari Bank Negara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*