Insiden Aduan Kes Buli Anggota TUDM Yang Tular Di Media Sosial

Berikutan penularan aduan dakwaan insiden kes buli melibatkan anggota Tentera  Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tular di media sosial, Kementerian Pertahanan  Malaysia mengambil maklum berkenaan perkara tersebut. 

Kementerian Pertahanan memandang serius terhadap insiden tersebut serta siasatan  terperinci dan telus telah dilaksanakan dengan serta-merta. Bagi kes berkenaan, TUDM telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia  (PDRM) dan aduan tersebut, kini di dalam siasatan pihak PDRM. 

Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa TIDAK ADA KOMPROMI terhadap  sebarang salah laku yang melibatkan pelanggaran disiplin, tatatertib, jenayah dan isu  berkaitan perundangan seperti buli dan lain-lain yang melibatkan warga Angkatan  Tentera Malaysia (ATM). Tindakan yang tegas mengikut undang-undang dan peraturan  sedia ada akan diambil terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang didapati  terlibat dan didapati bersalah.  

Sehubungan dengan itu, semua pihak dimohon supaya tidak membuat sebarang  spekulasi agar tidak mengganggu kes yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.  

The post Insiden Aduan Kes Buli Anggota TUDM Yang Tular Di Media Sosial appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*