Terowong Runtuh Di Uttarakhand, 40 Pekerja Terperangkap

Terowong Runtuh Di Uttarakhand, 40 Pekerja Terperangkap

Penyelamat sedang cuba untuk menyelamatkan 40 pekerja yang terperangkap dalam sebuah terowong di negeri India utara, Uttarakhand, sejak pagi Ahad.

Difahamkan pekerja-pekerja berkenaan terperangkap selepas sebahagian struktur binaannya runtuh akibat tanah runtuh.

Para pegawai berjaya untuk berhubung dengan mangsa-mangsa dan telah memberikan mereka makanan, minuman dan oksigen sementara usaha menyelamat diteruskan.

Pada Selasa pagi, kerajaan negeri berkata bahawa kumpulan penyelamat menggunakan gerudi dan masukkannya ke dalam paip logam berdiameter 900mm di bahagian terowong yang disekat oleh runtuhan untuk sampai kepada pekerja.

Mereka berharap agar mangsa yang terperangkap dapat memasuki paip yang sempit itu untuk ke tempat selamat.

Difahamkan terowong di daerah Uttarkashi merupakan sebahagian daripada projek lebuh raya kerajaan persekutuan untuk meningkatkan ketersambungan ke tapak ziarah terkenal di Uttarakhand.

Imbas kembali, kejadian itu berlaku pada pukul 5 pagi waktu tempatan pada pagi Ahad selepas sebahagian binaan terowong runtuh, kira-kira 200 meter dari pembukaannya.

Ia runtuh ketika para pekerja masih berada di dalam, kata pegawai kanan polis Arpan Yaduvanshi kepada BBC Hindi.

Tanah runtuh yang berlaku berdekatan dengan terowong itu menyebabkan runtuhan yang berat jatuh ke atas terowong, lalu mengakibatkan keruntuhannya.

Timbunan runtuhan itu telah memotong bekalan oksigen pekerja-pekerja terbabit.

Memberi Bekalan Makanan, Minuman Dan Oksigen

Pihak berkuasa memberitahu bahawa mereka dapat menghubungi mangsa-mangsa itu pada Ahad malam menggunakan walkie-talkie.

Kata mereka juga, talian paip, yang dipasang untuk membekalkan air ke terowong untuk kerja pembinaan, kini digunakan untuk membekalkan mangsa yang terperangkap dengan oksigen, makanan dan air.

Pasukan penyelamat perlu menggali beberapa meter runtuhan sebelum mereka boleh mengeluarkan mangsa dari dalam terowong.

Jengkaut dan mesin berat lain dibawa digunakan untuk menggali runtuhan. Ketua Menteri Negeri Pushkar Singh Dhami berkata pasukan bantuan bencana negara dan negeri bekerjasama dalam usaha menyelamat.

“Kesemua pekerja yang terperangkap di dalam terowong berada dalam keadaan selamat dan banyak usaha dilakukan untuk keluarkan mereka dengan cepat,” satu kenyataan dari pejabatnya berkata.

Negeri tersebut yang menempatkan wilayah pergunungan, di mana beberapa puncak Himalaya dan glasier terletak, mempunyai beberapa tapak paling suci bagi penganut Hindu.

Sumber: BBC

BACA JUGA: Gempa Bumi Kuat 6.1 Magnitud Gegar Laut Hindi Selatan Sebentar Tadi

The post Terowong Runtuh Di Uttarakhand, 40 Pekerja Terperangkap appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*