“INSYA-ALLAH KAMI ADA PERANCANGAN UNTUK KAHWIN…” – SHUIB ANGGAP KEHADIRAN WATIE TAKDIR DITENTUKAN, IBU RESTUI

“Sampai ke hari ini saya masih tercari-cari hari yang saya tidak teringatkan Sarah. Jadi, bila ada orang yang datang kepada kita (Watie), saya pasti ada sebab-sebabnya. Zalimlah saya kalau saya tidak menghargai orang itu.

“Saya tidak tahu masa depan macam mana, tambah pula ibu saya boleh yakinkan saya. Jadi saya rasa itu adalah jawapan paling besar untuk saya,” ujar pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu yang memberitahu, dia tidak pernah melupakan arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin, namun kehadiran Watie Hanafiah dalam hidupnya adalah takdir yang ditentukan.

Ditanya mengenai kehadiran dia bersama Watie menghadiri konsert penyanyi Lah Ahmad Sabtu lalu, Shuib mengakui itu adalah kali pertama mereka keluar berdua tanpa ditemani anak-anak. Kata Shuib, mereka mengambil keputusan menghadiri konsert berkenaan selepas mendapat tiket daripada Lah pada saat-saat akhir.

“Kalau dulu sorok-sorok orang marah… daripada hari itu lagi saya sudah beritahu saya sedang berkawan dengannya. Tapi bila keluar bersama, masih ada pertikaikan. Jujur saya beritahu, itu kali pertama saya keluar berdua dengannya. Selalunya memang ada anak-anak bersama kami,” jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Bercakap lanjut mengenai Watie, Shuib akui tertarik dengan personaliti usahawan berkenaan kerana sikap penyayang ditonjolkan selain mempunyai ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

“Saya sangat selesa dengannya kerana Watie seorang yang penyayang. Dia sendiri ada kakak OKU yang sejak lahir memang tak boleh berjalan. Dialah yang hari-hari uruskan kakaknya itu.

“Saya melihat pada pasangan jika satu hari kita sakit, ada tak yang boleh jaga kita? Kita mampu atau banyak duit, tapi bila kita sakit, kita tak nak semua itu pun. Kita hanya nak orang jaga kita, lebih-lebih lagi orang yang kita sayang,” katanya.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*