Penyampai Berita Veteran, Raymond Goh Meninggal Dunia

raymond goh meninggal

Penyampai berita veteran, Raymond Goh dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Asunta di Petaling Jaya.

Memetik Awani sebentar tadi, Raymond Goh atau nama Islamnya Mohd Zaman Goh disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi tadi.

Difahamkan juga, Goh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dan solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa TTDI selepas solat asar.

Untuk rekod, beliau memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada Nightline di stesen televisyen berkenaan.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Awani

The post Penyampai Berita Veteran, Raymond Goh Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*