Kekayaan Boleh Buat Seseorang Lupa Diri – Bill Gates

Kekayaan Boleh Buat Seseorang Lupa Diri – Bill Gates

Bill Gates mengakui bahawa mempunyai jumlah wang tunai yang banyak boleh membuatkan seseorang itu ‘lupa diri’ dengan realiti dunia, lapor Mirror.

Jutawan itu menyatakan sedemikian ketika meluangkan masa dengan wawancara bersama perbincangan Reddit berhubung topik perubahan iklim, ChatGPT dan telefon pintar yang sedang dia gunakan.

Apabila ditanyakan berkenaan keadaan ketidaksamaan semasa di dunia, Gates bersikap realistik terhadap soalan yang diajukan.

“Dari segi orang kaya, saya fikir mereka harus membayar lebih banyak cukai dan mereka harus memberikan kekayaan mereka dari masa ke masa. Ia sangat memuaskan bagi saya dan ia juga merupakan pekerjaan sepenuh masa saya,” jawab Gates terhadap soalan berkenaan.

Apabila ditanya tentang kewujudan bilionair yang beretika, beliau menjawab: “Menjadi kaya dengan mudah boleh membuat anda ‘lupa diri’.”

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Sejak kebelakangan ini, Gates telah mendedikasikan dirinya untuk menangani krisis iklim dengan melabur dalam syarikat tenaga bersih dan cuba mengehadkan pelepasan CO2nya sendiri. Dia juga menulis buku berkenaan perkara tersebut.

“Adalah penting untuk mengingati bahawa kehidupan di negara miskin adalah sukar sekarang,” jawabnya selepas ditanya mengenai keadaan tindak balas iklim dunia.

“Terdapat bahagian dunia di mana lebih 10% kanak-kanak mati sebelum berusia lima tahun, dan lebih 30% yang lain mengalami kekurangan zat makanan lalu badan mereka tidak berkembang sepenuhnya.

“Iklim akan memperlahankan kemajuan yang kita lakukan dalam memperbaiki keadaan manusia tetapi saya masih percaya kita boleh mengelakkan hasil yang mengerikan itu,” kata Gates lagi.

Sewaktu ditanya berkenaan telefon yang digunakannnya, Gates mendedahkan bahawa dia suka menggunakan telefon pintar Android Samsung Galaxy Z Fold 4.

Dia juga memberitahu bahawa sehingga kini, dia masih meluangkan masa untuk bermain dengan kod komputer.

“Saya suka bermain-main dengan kod komputer. Kali terakhir kod saya dimasukkan ke dalam produk Microsoft ialah pada tahun 1985. Ia pada sekian lama yang lalu,” kata Gates mengakhiri wawancara.

Sumber: Mirror

The post Kekayaan Boleh Buat Seseorang Lupa Diri – Bill Gates appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*