Intan Najuwa Selamat Berkahwin, Mas Kahwin RM 20 Ribu & Barang Hantaran RM 222 Ribu

Intan Najuwa bernikah datuk

Intan Najuwa Selamat Berkahwin, Mas Kahwin RM 20 Ribu & Hantaran RM 222 Ribu

Pelakon popular, Intan Najuwa menamatkan zaman bujangnya selepas selamat bernikah dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, dengan sekali lafaz pada jam 6.45 petang tadi.

Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abd Wahid (26) dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot di majlis pernikahan yang berlangsung di Pantai Desaru.

Dalam majlis yang bertemakan empat unsur alam, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan barangan hantaran bernilai RM222,000.

Menariknya, angka dua (2) menjadi pilihan sebagai simbolik tempoh 2 tahun perkenalan antara Intan dengan Datuk Mohd Azraf.

Pelakon utama bagi drama bersiri Jesnita itu menzahirkan rasa syukur dan juga berterima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada hari tersebut.

“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga.

“Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan juga pengajian Intan serta bisnes Intan sekarang.

“Intan juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang dibers seawal kerjaya Intan sehingga hari ini” kata pelakon wanita itu.

Tarikh hari lahir Intan Najuwa dipilih sebagai tarikh pernikahan

Difahamkan, persiapan perkahwinan telah pun berlangsung selama sebulan. Manakala, pemilihan tarikh 18 Ogos ini merupakan tarikh yang sangat bermakna kerana tarikh tersebut turut merupakan tanggal kelahiran Intan Najuwa.

Menurut Astro Gempak, majlis yang dikendalikan pihak Rimbunan Events & Whitebox ini telah berlangsung secara sederhana. Majlis tersebut telah dihadiri kira- kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat selebriti dan juga pihak media

Antara selebriti terkemuka yang hadir adalah seperti Nora Danish bersama suami, Elvina Mohamad, Janna Nick dan suami Dini Schatzman.

Pasangan tersebut bakal mengadakan majlis resepsi kedua bertemakan tradisional di Rimbunan Event Space, Johor Bahru pada malam esok.

BACA: Ini Maksud & Asal-usul “Mayday”, Panggilan Kecemasan Penting Dalam Industri Penerbangan

Sumber: Astro Gempak

The post Intan Najuwa Selamat Berkahwin, Mas Kahwin RM 20 Ribu & Barang Hantaran RM 222 Ribu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*