Youtuber Didenda RM2,500 Miliki Dadah

youtuber dadah

Youtuber Didenda RM2,500 Miliki Dadah

PETALING JAYA, 22 Jun (Bernama) — Seorang Youtuber  didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis methamphetamine di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium, Mac lepas.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol turut memerintahkan tertuduh, 40, dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa ada dalam kawalannya 0.68 gram dadah jenis methamphetamine di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium, Damansara Perdana di sini pada 2.15 pagi, 21 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1980) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Loh Xian Yee memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh, mengambil kira faktor kepentingan awam serta kekerapan kes dadah yang berlaku manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

Minum air diberi oleh jiran, budak 3 tahun dilapor positif dadah

Terdahulu di Indoensia, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang berasal dari Kalimantan Timur, Indonesia didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas dipercayai meminum air yang diberikan oleh jirannya.

Memetik laporan Detik.com, kanak-kanak itu telah dirawat di Hospital Abdul Wahab Sjahranie, Samarinda dan sudah dibenarkan pulang.

Difahamkan, kejadian itu bermula ketika mangsa dan ibu bapanya berkunjung ke rumah jirannya pada Selasa lalu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pengulas Amerika Panggil Intan Serah Dengan Nama Bapa, “Abah Mesti Tersedak”

The post Youtuber Didenda RM2,500 Miliki Dadah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*