Integrasi JPA, KWAP, Dan LPPSA: Meningkatkan Kecekapan Sistem Persaraan Kerajaan Untuk Manfaat Pesara

KUALA LUMPUR, [20 Jun 2023] – Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam  (LPPSA) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] telah mengadakan  kolaborasi strategik bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam mewujudkan  integrasi rangkaian proses baharu bagi menghubungkan sistem persaraan antara JPA KWAP-LPPSA.  

Pemeteraian MoU telah disaksikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri  Kewangan I, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan  (KSP) merangkap Pengerusi KWAP dan LPPSA, YBrs. Dr. Anesee Bin Ibrahim, Timbalan  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),  YBhg. Datuk Hjh. Nik Amlizan Binti Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang  Persaraan (Diperbadankan) [KWAP], YBrs. Encik Mohd Farid Bin Dato’ Hj. Nawawi,  Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan  ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful Bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pencen,  Jabatan Perkhidmatan Awam, YBrs. Encik Haizad Rizal Bin A Aziz, Ketua Pegawai  Kewangan, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dan YBrs. Encik  Zuwardi Bin Zubir, Ketua Pegawai Operasi, LPPSA. JPA, KWAP dan LPPSA juga  menyambut baik usaha yang dilaksanakan dan menganggap ia merupakan satu inisiatif  positif yang dapat memudahkan urusan pesara Kerajaan yang mempunyai pembiayaan  perumahan LPPSA. 

LPPSA pada tahun 2022 telah meluluskan pembiayaan perumahan berjumlah RM10.55 Bilion kepada 34,774 peminjam dengan pengeluaran bayaran pembiayaan berjumlah  RM11.04 Bilion. Disamping itu, jumlah peminjam aktif LPPSA pada tahun 2022 adalah  sebanyak 776,343 akaun. 

Pengintegrasian sistem antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Jabatan  Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)  [KWAP] dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah bermula 

pada Disember 2022. Pengintegrasian ini memastikan kelancaran proses pertukaran  data potongan pencen bagi pembayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA. 

Penambahbaikan ini memberi manfaat kepada 80,000 pesara dan peminjam LPPSA  sedia ada serta 575,000 bakal pesara peminjam LPPSA yang memilih skim berpencen. 

Beberapa kelebihan integrasi sistem JPA-KWAP-LPPSA boleh dikecapi dengan  matlamat meningkatkan proses pentadbiran persaraan Kerajaan: 

  • Meningkatkan efisiensi operasi dengan menggantikan proses manual kepada  sistem integrasi yang mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti secara  keseluruhan. 
  • Mengurangkan aduan serta keluhan daripada pesara Kerajaan yang mempunyai  pembiayaan perumahan LPPSA dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. 
  • Memastikan arahan potongan pencen dan potongan bayaran balik pembiayaan  perumahan dilaksanakan pada masa yang tepat dan lancar tanpa sebarang  kelewatan. 
  • Meningkatkan tahap kecekapan bayaran balik pembiayaan perumahan melalui  potongan pencen kepada LPPSA secara efisien. 
  • Menyediakan medium yang tepat, selamat untuk perkongsiaan maklumat  terhadap penghantaran data pesaraan di samping menjaga kerahsiaan maklumat  peribadi pesara. 
  • Penghantaran dan penerimaan data pesaraan dan kematian dilaksanakan secara  maya dan sistematik. 

Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami dalam memudahkan urusan pesaraan  Kerajaan. Integrasi ini merupakan langkah penting dalam penambahbaikan sistem sedia  ada, sejajar dengan kemajuan teknologi era kini. Kolaborasi dengan agensi seperti  JPAdan KWAP memperkuatkan lagi sistem ini dan memberikan manfaat yang  berpanjangan kepada para pesara.kata Encik Mohd Farid Bin Dato’ Hj. Nawawi, Ketua  Pegawai Eksekutif LPPSA. 

Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, berkata, “Selain  mengurus pelaburan dana Kumpulan Wang Persaraan dan memproses pembayaran  pencen pesara Kerajaan, KWAP juga melaksanakan pelbagai usaha bagi menambahbaik  pengalaman persaraan untuk pesara Kerajaan. Inisiatif integrasi ini merupakan salah 

satu daripadanya, di mana ia menghasilkan aliran proses data pesara yang lebih  sistematik dan terkawal, selain meningkatkan keselamatan data pesara. Melalui  kolaborasi ini, JPA kekal sebagai pemilik data, pentadbir dasar dan penasihat kepada  prosedur, pesara dapat menikmati proses pengurusan yang lebih baik di mana urusan  mereka dengan LPPSA boleh dijalankan dengan lebih pantas. Ianya juga membolehkan  KWAP mencapai aspirasi yang selaras dengan slogan baharu kami, “Teman Persaraan  Anda” dan kekal komited dalam memastikan pesara bukan sahaja menerima  perkhidmatan yang efisien malah dapat menjalani alam persaraan dengan selesa.” 

Integrasi antara JPA, KWAP dan LPPSA ini telah bermula seawal 11 Oktober 2021 di  mana, persetujuan spesifikasi keperluan perisian (SRS) telah ditandatangani dan secara  rasminya sistem integrasi ini telah mula digunakan pada 29 Disember 2022. Pelaksanaan  integrasi ini telah mempermudahkan operasi, meningkatkan kecekapan, dan membuka  jalan bagi kerjasama yang lebih baik antara JPA, KWAP dan juga LPPSA.  Penambahbaikan ini tidak akan berakhir setakat ini, sistem integrasi ini adalah proses  berterusan dan akan ditambahbaik dari masa ke semasa. Kolaborasi ini juga merupakan  kerjasama yang berterusan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kumpulan Wang  Persaraan [Diperbadankan] (KWAP) dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor  Awam (LPPSA). 

The post Integrasi JPA, KWAP, Dan LPPSA: Meningkatkan Kecekapan Sistem Persaraan Kerajaan Untuk Manfaat Pesara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*