Pesara Guru Kerugian Hampir Setengah Juta Diperdaya ‘Ejen Kurier’

pesara guru kerugian

Pesara Guru Kerugian Hampir Setengah Juta Diperdaya ‘Ejen Kurier’

SEREMBAN, 7 Dis (Bernama) — Seorang pesara guru kerugian RM480,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai ejen sebuah syarikat kurier yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi bahan terlarang.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata kejadian berlaku pada 15 Nov lepas apabila mangsa wanita berusia 56 tahun menerima panggilan daripada individu menyatakan ada bungkusan mengandungi barang terlarang iaitu buku cek dan kad pengenalan yang didaftarkan atas namanya.

“Mangsa berasa lebih takut apabila diugut akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa sekiranya tidak mengikuti arahan individu berkenaan.

“Dia seterusnya mengikuti segala arahan individu itu dengan menekan pautan yang diberikan dan turut berkongsi maklumat akaun bank miliknya bagi tujuan menyelesaikan masalah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BACA JUGA: Pesara Guru Dakwa Rugi RM472,941 Akibat Love Scam

Arifai berkata mangsa yang kemudian berasa curiga dengan urusan tersebut membuat semakan akaun bank dan mendapati ada pengeluaran wang daripada akaun miliknya sebanyak RM480,000 sebelum membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Justeru, Arifai mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada pihak yang menyamar sebagai agensi kerajaan atau penguat kuasa secara dalam talian selain segera membuat semakan dengan polis supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

Sumber: BERNAMA

The post Pesara Guru Kerugian Hampir Setengah Juta Diperdaya ‘Ejen Kurier’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*