Isi Masa Lapang Pencen, Ayah ‘Leka’ Jadi Jurugambar Kucing

Ayah ambil gambar kucing

Isi Masa Lapang Pencen, Ayah ‘Leka’ Jadi Jurugambar Kucing

Biasanya bagi mereka yang sudah berpencen, masa yang ada akan diluangkan untuk aktiviti-aktiviti seperti berkebun, bercucuk tanam ataupun bermain dengan cucu.

Aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan bagi mengisi kekosongan dan masa yang terluang dengan perkara yang menenangkan pada usia selepas 60 tahun.

Namun begitu, seorang ayah nyata mempunyai cara tersendiri untuk memenuhi masa yang ada selepas menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam.

Perkara itu dapat dilihat menerusi perkongsian daripada anak pesara tersebut yang dikongsikan di laman TikTok miliknya, @dyhszhn atau Dayah Sazihan.

Menurut Dayah, beliau sering diajukan soalan berkenaan aktiviti ayahnya selepas berpencen.

Justeru dalam perkongsian tersebut, Dayah memberitahu antara perkara yang dibuat ayahnya adalah menghabiskan masa dengan kucing peliharaan.

Ayah jadi jurugambar kucing selepas pencen

“Ayah kau lepas pencen buat apa Dayah? Busy jadi photographer,” kata Dayah.

Kredit TikTok

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ayah Dayah sedang menggayakan dan memakaikan cermin mata hitam kepada si bulus comel itu.

Apa yang menghairankan, kuncing berkenaan kelihatan ‘memberi’ kerjasama dan seolah-olah tidak kisah dijadikan model.

Selepas cermin mata dipakaikan kepada kucing tersebut, ayah Dayah kemudiannya dilihat mengambil beberapa keping gambar kucing berkenaan.

Selain cermin mata hitam, kucing tersebut turut dipakaikan dengan topi koboi yang sesuai dengan saiz kepala kucing itu.

Kredit TikTok

Kata Dayah lagi, menjadi jurugambar kucing seolah-oleh satu profesion baharu yang diceburi ayahnya selepas bersara.

“New profession ayah lepas pencen,” tulis kapsyen video muat naik Dayah tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi tersebut. Mereka dilihat meninggalkan komen yang mengakui cemburu melihat keakraban luar biasa itu.

“Wehhh kucing tu pun, geram ek,” tulis seorang netizen yang terhibur dengan gelagat kucing tersebut yang hanya berdiam diri.

“Terpaksa bekerja demi semangkuk kibbles,” tulis seorang lagi netizen dengan nada bergurau.

“Nasib la modelnya pandai, tak lari pun. Melayan ja tuannya,” tambah seorang netizen merujuk kepada kucing tersebut.

@dyhszhn

New profession ayah lepas pencen 🤣 #policepension #dadsoftiktok #catsoftiktok

♬ suono originale – Magrì Alberto

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: TikTok/@dyhszhn

The post Isi Masa Lapang Pencen, Ayah ‘Leka’ Jadi Jurugambar Kucing appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*