Isreal Tingkatkan Serangan Di Gaza, Talian Komunikasi Diputuskan

Israel Tingkatkan Serangan, Penduduk Gaza Tidak Dapat Dihubungi & Semua Komunikasi Terputus

Isreal Tingkatkan Serangan Di Gaza, Talian Komunikasi Diputuskan

Keadaan di Gaza dilapor semakin meruncing selepas Israel memutuskan talian komunikasi dan meningkatkan serangan di wilayah itu, sejak awal pagi Sabtu, lapor AFP.

“Selepas beberapa siri serangan sejak beberapa hari lepas, pasukan darat akan memperluaskan operasi darat malam ini,” kata jurucakap tentera Israel kepada wartawan pada Jumaat.

Dalam pada itu, jurucakap Briged Al-Qassam turut mengesahkan berlaku pertempuran dengan tentera Israel di beberapa kawasan.

“Kami berdepan dengan pasukan darat tentera Israel di Beit Henoun (utara Gaza) dan di timur Bureij. Pertempuran di kawasan darat berlaku,” kata Briged Al-Qassam dalam satu kenyataan.

Seorang lagi jurucakap tentera Israel, Mejar Nir Dinar turut memberitahu AFP bahawa pasukan mereka sudah melaksanakan operasi darat di Gaza sejak semalam.

Tentera Israel juga memaklumkan mereka meningkatkan serangan dengan “cara yang signifikan”, manakala Briged Al-Qassam berkata mereka memberi respon terhadap serangan itu dengan melancarkan roket.

Hamas dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa talian internet terputus hampir di seluruh kawasan di Gaza. Manakala, Pertubuhan Hak Asasi Manusia juga bimbang dengan risiko yang akan berlaku akibat situasi internet hampir terputus sepenuhnya.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin juga berkata operasi ambulansnya telah terjejas.

“Kami terputus hubungan sepenuhnya dengan bilik operasi di Semenanjung Gaza dan semua pasukan kami beroperasi di sana,” kata persatuan itu dalam hantaran di X.

Lynne Hastings, koordinator kemanusiaan PBB untuk wilayah Palestin juga memaklumkan pihaknya telah terputus hubungan dengan dunia luar.

Beliau menegaskan, tanpa talian komunikasi, hospital tidak boleh beroperasi dan kerja-kerja kemanusiaan tidak dapat berjalan .

Hasil tinjauan AFP secara langsung pada lewat Jumaat mendapati serangan udara bertubi-tubi telah menerangi langit Gaza ketika asap hitam tebal turut menyelubungi bandar itu ditengah-tengah kepekatan malam.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran isu kemanusiaan yang tidak dapat dibayangkan sedang berlaku di Semenanjung Gaza ketika ini.

Manakala Setiausaha Agung PBB sedang berusaha mendapatkan gencatan senjata segera supaya bantuan kemanusiaan dapat disalurkan.

BACA: KPM Larang Unsur Ekstremisme, Keganasan Dalam Program Minggu Solidariti Palestin

BACA: Zoo Cari ‘Pemberani’, Nak Isi Dua Kerja Kosong Jadi Penjaga Singa

Sumber: AFP

The post Isreal Tingkatkan Serangan Di Gaza, Talian Komunikasi Diputuskan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*