Malaysia Antara 120 Negara Undi Sokong Gencatan Segera Di Gaza

Malaysia sokong gencatan segera

Malaysia Antara 120 Negara Undi Sokong Gencatan Segera Di Gaza

Malaysia dilaporkan antara 120 negara yang mengundi dalam menyokong gencatan senjata segera di Genting Gaza, lapor Sinar Harian.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) yang berlangsung pada semalam telah menerima resolusi yang ditaja oleh negara Jordan itu.

Resolusi itu bertujuan menggesa agar gencatan segera dapat dilakukan selain daripada penyerahan bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza tanpa sebarang halangan.

Menurut laman berita PBB, pengundia dalam Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resoluti tersebut telah menerima 120 undi menyokong dan 14 undi menentang.

Manakala 45 negara lagi bagaimanapun tidak mengundi dalam pembentangan resolusi tersebut.

Amerika Syarikat mengetuai 14 undi yang tidak menyokong itu diikuti oleh Israel, Austria, Croatia, Republik Czech, Fiji, Guatemala, Honduras, Kepulauan Marshall, Mikronesia, Nauru, Papua New Guinea, Paraguay dan Tonga.

Selain itu, beberapa negara yang menyokong hak asasi manusia seperti Australia, Kanada, Sweden dan United Kindom bertindak sebagai pihak berkecuali.

Negara-negara berkenaan bertindak tidak mengundi dalam resolusi yang dibentangkan itu.

Minggu lalu, Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa veto mereka untuk menolak resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Dalam resolusi tersebut ia membincangkan berkenaan ‘pemberhentian kemanusiaan’ dalam isu Israel-Palestin.

Menurut duta negara itu ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, Washington menggunakan kuasa veto mereka kerana mendakwa UNSC tidak mengiktiraf hak Israel ‘mempertahankan diri’.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Susulan penolakan itu, PBB dan badan kemanusiaan memberi amaran bahawa malapetaka besar krisis kemanusiaan akan terjadi. Terutamanya, sekiranya bantuan kemanusiaan itu tidak diberi dengan segera kepada penduduk Gaza.

Duta Palestin ke PBB iaitu Rirad Monsour dalam ucapan UNSC berkata bahawa konflik yang sedang berlaku itu tidak akan memberikan keuntungan kepada Israel.

Sementara itu, pertubuhan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) dalam muat naik mereka di laman X telah bertindak mengutuk undi veto AS tersebut di UNSC.

Sumber: Sinar Harian

The post Malaysia Antara 120 Negara Undi Sokong Gencatan Segera Di Gaza appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*