Isteri Dr Mohd Farid Ravi Meninggal Dunia

Isteri farid ravi meninggal

Isteri Dr Mohd Farid Ravi Meninggal Dunia

Isteri kepada Rektor/Ketua Eksekutif Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS), Prof Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Ravi dilaporkan meninggal dunia pada petang tadi.

Perkhabaran duka itu dikongsikan sendiri oleh Dr. Mohd Farid Ravi di Facebook rasminya.

Difahamkan, Allahyarhamah, Datin Hajah Suziana Mohd Soyong telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.40 petang tadi di Hospital Serdang, Selangor.

Dalam kenyataan tersebut, beliau memohon kepada sesiapa yang mengenali isterinya untuk mendoakan kebaikan terhadap Allahyarhamah.

“Kepada semua yang mengenali isteri saya, mohon doakan kebaikan dan keampunan untuk almarhumah.

“Juga mohon dimaafkan salah dan silap al-Marhumah sekiranya ada berhutang mohon dihalalkan atau tuntutlah hutang almarhumah daripada saya.

“Doa saudara dan saudari saya dahului dengan ucapan jazakumullah khairan kathira,” maklumnya dalam kenyataan itu.

BACA JUGA: Ibu Chef Wan, Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun

Tambahnya, beliau turut berdoa agar isterinya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Perginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya. Abang doakan agar ummi ditempatkan bersama para solihin. Semoga Abah kuat jaga hadiah ummi 6 orang dengan baik. Tenanglah ummi di sana,” katanya lagi.

Sementara itu, pemergian isterinya itu juga dikongsikan oleh sahabatnya, Dr. Mohd Izhar Arif di Facebook.

“Khabar Duka, Isteri (Datin Hjh Suziana bt Mohd Soyong) kepada sahabat dunia akhirat saya Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah.

“Doakan supaya roh almarhumah ditempatkan bersama orang orang beriman. Semoga Ustaz Farid tabah menghadapi dugaan berat ini,” tulis Mohd Izhar.

Difahamkan, jenazah akan disolatkan di Masjid Bandar Seri Putra, Bangi  selepas solat isyak nanti.

Al-Fatihah. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Facebook Prof Madya Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi, Facebook Dr. Mohd Izhar Arif

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

The post Isteri Dr Mohd Farid Ravi Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*