Review Set Makan Rahmah Mydin Lauk Ikan RM2.50, Kenyang Sampai Sahur

Ramadhan adalah bulan suci yang dinanti-nanti oleh umat Muslim di seluruh dunia.  Namun, Ramadhan bukan hanya tentang menahan diri dari makanan dan minuman, tetapi juga tentang keberkatan, kebaikan, dan berbagi.  Ia tidak hanya bermanfaat bagi orang yang menerimanya, tetapi juga memberikan keberkatan dan rasa puas bagi orang yang memberi.

Ada orang menyediakan makanan dan minuman kepada golongan yang memerlukan. Ada juga yang mengadakan majlis berbuka puasa, dan ada yang memberikan sumbangan menerusi organisasi amal. 

Namun, lain pula bagi nama besar yang tak perlu diperkenalkan lagi. Siapa lagi kalau bukan ‘Mydin’.

Mydin Klasiknya Raya Mydin x Ramadan Raya Rahmah (Kasih Sayang)

Setiap tahun, Mydin tak melepaskan peluang untuk berbagi dengan tawaran harga terendah bagi meringankan beban para pembeli. Tema Mydin Ramadan Raya Rahmah pada tahun ini bertepatan dalam objektif Mydin untuk memberi kembali kepada masyarakat.  

Selain menawarkan pelbagai promosi, Mydin turut menyalurkan sumbangan kepada orang ramai yang memerlukan melalui program-program sosial dan amal bersama rakan niaga lain.

Bubuk Lambuk Rahmah

Bubur Lambuk Rahmah adalah salah satu inisiatif yang menjadi tumpuan tahun ini.  Mydin bersama-sama rakan korporat, NGO, rakan pembekal, MBSB Bank dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyediakan sejumlah 40,000 pek bubur lambuk di beberapa cawangan Mydin di seluruh negara.

Program ini sekaligus memberikan peluang kepada orang ramai untuk menikmati hidangan tradisional ketika berbuka puasa selain dapat membantu golongan yang memerlukan. 

Jualan Rahmah

Nah..ini yang ditunggu-tunggu. Jualan Rahmah Mydin yang paling viral tahun ini kerana harganya yang tak terjangkau dek akal.  

Bayangkan sepasang baju kurung hanya RM30? Menangis kalau tak beli. Mydin menawarkan pelbagai pilihan menarik baju raya lelaki, wanita hingga ke kanak-kanak dengan objektif bagi meringankan beban perbelanjaan khususnya ketika musim perayaan. 

Dalam satu temubual, ‘bos’ Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, “Baju raya harga sebenarnya adalah RM79 sepasang tetapi (menerusi kempen ini) kita jual cuma RM30 sepasang sahaja.” 

Kualitinya tak perlu disangkal kerana ia diperbuat daripada bahan yang sangat selesa dan berbaloi pada nilainya. Jualan Rahmah ini hanya boleh didapati di beberapa cawangan terpilih antaranya:

  • MYDIN Tunjong
  • MYDIN Subang Jaya
  • MYDIN MITC
  • MYDIN Meru Raya
  • MYDIN Bukit Mertajam
  • MYDIN Gong Badak
  • MYDIN Mutiara Rini
  • MYDIN Petra Jaya

Bazar Ramadan Rahmah (Indoor)

Bazar Ramadan Rahmah Mydin berlangsung penuh meriah sepanjang tempoh pelaksanaannya. Tak perlu risau hujan dan panas ketika membeli juadah berbuka puasa kerana bazar ini beroperasi secara indoor di bahagian Ready-To-Eat (RTE) di 28 cawangan Mydin. 

Jangan terkejut tengok harga yang dijual, Mydin tak silap letak tanda harga. Harganya memang murah, semurah RM4.90 untuk satu set lengkap nasi putih dan lauk-pauk serta kuih-muih pada harga RM2.50!

Ramai yang berkunjung rata-rata memuji dengan juadah yang dijual. Apa tidaknya, sudahlah murah, sedap pula. Menu ikan singgang hanya RM2.50!

Selain lauk-pauk, bazar rahmah ini juga lengkap dengan juadah kuih-muih. Donat, kuih lapis, roti jala dan pelbagai lagi. Silap-silap masuk Mydin petang ni, keluar esok pagi sebab punyalah banyak menu!

Bakul Rahmah 

Menerusi inisiatif ini, Mydin mengumpul barangan keperluan dengan nilai keseluruhan RM100,000 untuk diagihkan kepada golongan memerlukan. 

Mydin bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyalurkan Bakul Rahmah ini kepada golongan berkenaan kerana pihak mereka lebih mengetahui latar belakang individu atau keluarga yang layak menerimanya.

Mydin Prihatin x Bakul Rahmah (Beli & Sumbang)

Program ini membolehkan orang ramai turut beramal dalam setiap transaksi pembelian di Mydin. Antaranya:

Beli dan sumbang melalui 50 jenama yang terlibat di Mydin

  • Sumbangan bermula daripada 5 sen hingga 50 sen

Sumbang Mata melalui Kad Mydin Meriah

  • Setiap 400 mata : RM2.00
  • 1000 mata : RM5.00
  • 2000 mata : RM10.00

Sumbangan melalui pembayaran EWallet (MCash, Boost, Atome, Mae & Zapp)

  • Beli mana-mana produk di Mydin dan sumbang 10 sen melalui pembayaran EWallet 

Beli dan sumbang untuk setiap pembelian di Zus Coffee (Zus Cares) 

  • Setiap pembelian di Zus Coffee, 30 sen akan didermakan ke Mydin Prihatin

Kempen Klasiknya Raya Mydin adalah berita gembira bagi rakyat Malaysia yang ada diantaranya sedang menghadapi isu kos sara hidup yang tinggi. Tema Klasiknya Raya bagi kempen ini dipilih untuk mengembalikan semangat dan tradisi perayaan yang lebih harmoni dan penuh kesederhanaan.

Rugi kalau tak memanfaatkan inisiatif yang dijalankan pihak Mydin. Banyak boleh jimat sepanjang Ramadan tahun ini. Banyak lagi program-program menarik daripada Mydin, korang boleh ikuti laman Facebook Mydin media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my.

The post Review Set Makan Rahmah Mydin Lauk Ikan RM2.50, Kenyang Sampai Sahur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*