Isu Kurma Dari Israel, Syarikat Matahari Mohon Maaf

matahari kurma israel

Isu Kurma Dari Israel, Syarikat Matahari Mohon Maaf

Matahari Sdn Bhd tampil membuat penjelasan berkenaan isu rampasan kurma yang disyaki berasal dari Israel oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini.

Dalam kenyataan kepada pihak media, syarikat berkenaan telah membuat permohonan maaf kepada rakan kongsi dan pelanggan berserta staf yang menerima tempias daripada insiden ini.

Matahari Sdn Bhd menjelaskan, pihaknya telah menerima penghantaran pelbagai jenis makanan, termasuk kurma dari pembekal di Greece pada Jun 2022.

Syarikat berkenaan turut menyatakan tanggungjawabnya sebagai pengimport, pemborong dan pengedar produk organik dan semula jadi.

Antara tanggungjawabnya termasuklah melabel keterangan pada semua produk, seperti asal usulnya bagi memastikan semula produk memenuhi keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan organik.

“Sijil yang diberikan oleh pengedar kami menyatakan kurma itu berasal dari Israel atau wilayah Palestin yang dijajah.

“Kerana terlepas pandang dan tidak sensitif dengan isu itu, kami terus melabelkan produk termasuk meletakkan Israel sebagai negara asal,” katanya dalam satu kenyataan.

Kemudian, Matahari menyedari kesilapan dan menerima kesannya selepas perkara ini menjadi tular di media sosial. Syarikat itu juga turut dihubungi pelbagai pihak atas isu yang melibatkan produk terbabit.

“Kami bertindak segera dengan menghubungi peruncit kami dan meminta agar produk tersebut dipulangkan semula,” katanya.

Matahari Sdn Bhd tegas pendirian tidak sokong Israel

Dalam pada itu, syarikat berkenaan menegaskan bahawa pihaknya tidak berniat untuk memesan produk atau berurusan dengan Israel. Matahari turut menjelaskan, pihaknya tidak pernah melanggar sebarang peraturan sepanjang menjalankan urusan perniagaan dengan mana-mana pihak.

“Kami turut berkongsi rasa prihatin bersama rakyat Malaysia, khususnya komuniti Islam dan kami ingin menegaskan bahawa kami tidak menyokong Israel dalam pelbagai cara sekali pun,” tambah Matahari Sdn. Bhd.

Sebagai syarikat yang ditubuhkan pada 2006, pihaknya sentiasa mematuhi semua peraturan, yang menjadi sebahagian dari amalan perniagaan beretika.

Mereka menambah, ketelusan dan akauntabiliti kekal menjadi antara keutamaan syarikat tersebut.

Oleh sebab itu, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk isu ini.

“Kami juga sedang menyemak proses rantaian bekalan kami dan akan menerima sebarang cadangan yang diterima daripada pihak berkuasa untuk mengelakkan kesilapan sedemikian daripada berlaku pada masa yang akan datang,” katanya.

BACA: Rindu Suasano Kelate? Secret Recipe Tawar Menu Istimewa Ramadan Untuk Ubati Rindu Anda

Sumber: Matahari Sdn Bhd

The post Isu Kurma Dari Israel, Syarikat Matahari Mohon Maaf appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*